Brazil kekal juara Piala Dunia Bola Sepak Pantai 

Brazil meraikan kejayaan mengalahkan Itali dalam kejohinan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2024 pada malam 25 Feb 2024. (FOTO: FIFA)
- Advertisement -

DUBAI: Brazil mencatat rekod kekal sebagai juara Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA sepanjang sepanjang penganjuran kejohanan itu sejak enam tahun lalu, apabila berjaya mengalahkan Itali dalam perlawanan akhir kejohanan itu pada tahun ini.

Dalam aksi yang mendebarkan di sini pada malam tadi, Brazil mengalahkan Itali 6-4 untuk menjuarai Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA keenam itu.

- Advertisement -

Menguasai separuh masa kedua selepas seri 2-2 pada aksi pertama, The Samba Boys mempamerkan penguasaan mereka dalam permainan bola sepak di atas pasir untuk mengatasi Itali yang pertama kali menyertai kejohanan tersebut pada tahun ini, lapor FIFA.

Dipimpin oleh pemain terbaik dunia 2023, Rodrigo dengan tiga gol, rakan sepasukannya, Bruno Xavier dan Brendo menambah nama mereka ke dalam penjaring bagi kemenangan Brazil, manakala gol sendiri dari Genao dari Itali mengesahkan nasib pasukan untuk meraih naib juara.

Kemenangan bersejarah ini menandakan penguasaan Brazil yang tidak berbelah bahagi dalam bola sepak pantai, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pasukan yang paling teratas dalam sejarah sukan itu.

Pemain Iran meraikan jarigan gol yang berjaya dirembat sebelum mengalahkan Belarus untuk meraih tempat ketiga dalam kejihanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2024. (FOTO: Tehran Times)

Sementara itu, Iran menewaskan Belarus 6-1 juga pada Ahad untuk menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2024.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Utama Dubai, Ali Mirshekari, Movahed Mohammadpour, Mohammad Moradi, Reza Amiri, Mohammad Masoumi dan Mohammadali Mokhtari menjaringkan gol untuk Iran manakala Mikita Chaikouski menjaringkan gol tunggal Belarus.

Ini adalah kali kedua Iran memenangi pingat gangsa kerana Pasukan Melli telah meraih pingat gangsa pada 2017.

Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2025 dijadualkan berlangsung di Seychelles pada Mei 2025. – HARAKAHDAILY (26/2/2024)

- Advertisement -