UMMAH: Lambakan warga China secara haram masih ada

Mohd Zai Mustafa
- Advertisement -

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak kerajaan untuk melakukan penelitian yang serius terhadap Tourism Malaysia yang kini giat menyusun strategi dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong dari China.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa, berkata pihaknya menuntut isu warga China tidak keluar dari Malaysia diperjelaskan terlebih dahulu sebelum menyasarkan kemasukan pelancong baru bagi tahun ini.

“Isu kemasukan 1.2 juta pelancong China yang tidak pulang semula ke negara asal menjadi isu panas sebelum ini yang masih belum terjawab.

- Advertisement -

“Kita tidak mahu strategi ini menjadi peluang dan kesempatan bagi pelancong China menjadi penghuni haram di negara ini dan seterusnya menukar kerakyatan secara haram.

“Sebagaimana kes yang berlaku sebelum ini, apabila ada pelancong China yang mendapat kad pengenalan sebagai warganegara dengan merasuah sindiket penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Harakah, tadi.

Oleh demikian, pihak UMMAH meminta agar kerajaan bertindak sesuatu untuk mengeluarkan dahulu lambakan pelancong China yang tinggal secara haram di Malaysia.

Terdahulu, seramai 373 warga China yang ditahan dalam satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di premis yang disyaki menjalankan operasi jenayah dalam talian di Cyberjaya pada 20 November 2018 lalu dan didakwa pada 13 Disember 2019 atas kesalahan memasuki dan berada di negara ini secara haram serta tidak mempunyai sebarang pas yang sah.

“Mereka juga menjalankan ekonomi hitam iatu penipuan dan perjudian dalam talian yang memberi kerugian besar kepada rakyat dan impak buruk kepada imej negara,” katanya.

Justeru, UMMAH menggesa kerajaan dan agensi jabatan kerajaan segera menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar perkara terkait dengan keselamatan dan kerakyatan negara dapat terpelihara sebaiknya.– HARAKAHDAILY  8/2/2024

- Advertisement -