Delegasi parlimen Perancis ke sempadan Rafah kecam Israel

Delegasi parlimen Perancis yang malawat kawasan di sempadan Rafah di Mesir pada 3 Feb 2024 menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza. (FOTO: X/@Portes_Thomas)
- Advertisement -

LONDON: “Kami mengecam genosid dilakukan Israel ke atas lebih 27,000 rakyat Palestin di Gaza dan hampir 400 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.”

Delegasi parlimen Perancis yang melawat lintasan sempadan Rafah pada hari Sabtu berkata demikian sambil menggesa gencatan senjata segera dan kekal di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan pada Ahad.

- Advertisement -

Delegasi itu memeriksa lintasan darat dan bantuan kemanusiaan yang diadakan di sempadan Mesir itu. 

Salah seorang daripada delegasi itu, ahli parlimen Perancis, Eric Coquerel menegaskan keperluan untuk membebaskan kedua-dua tebusan Israel dan tahanan Palestin, bermula dengan mereka yang ditahan secara pentadbiran, lapor Arab News.

Delegasi itu juga menyatakan sokongannya kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin dan kerja kemanusiaannya yang amat diperlukan.

Mereka sehubungan itu  menggariskan bahawa rundingan itu harus segera termasuk Israel menarik pasukannya dari Gaza, menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, menghentikan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat, dan menghentikan rampasan harta di Baitulmaqdis Timur.

“Rundingan ini harus mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati hak rakyat Palestin seperti yang disahkan oleh banyak resolusi PBB.

“Langkah sedemikian, mereka percaya, adalah penting untuk memulihkan keamanan bagi kedua-dua komuniti Palestin dan Israel, serta untuk kestabilan yang lebih luas di rantau ini,” ujar kenyataan delegasi berkenaan.

Mereka juga berkata, menzahirkan solidariti dengan semua orang awam, lawatan delegasi Perancis ke Rafah juga menjadi peluang untuk melibatkan diri dengan kumpulan kemanusiaan membantu pelarian dan mereka yang cedera, mengukuhkan pendirian mereka sebagai kawan kepada semua orang dan menyokong keamanan dan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

Lawatan kumpulan parlimen Perancis itu dicatatkan sebagai yang pertama oleh pasukan parlimen asing ke lintasan sempadan Rafah.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -