Ashah komited bantu masyarakat

- Advertisement -

PADANG SERAI: “Dua tiga bulan dah, masa jumpa depa, dok habaq nak belajaq memasak tetapi tak dak peralatan lengkap.”

Demikian maklum Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali di media sosialnya, di sini.

Katanya, ketika kunjungan beliau bertemu Perkumpulan Wanita Merbau Pulas, mereka memaklumkan ingin belajar memasak tetapi peralatan tidak mencukupi dan tidak lengkap.

- Advertisement -

“Hari ini sekali lagi saya berjumpa mereka dan menyerahkah beberapa peralatan memasak. Saya berharap dengan bantuan ini, impian ahli perkumpulan itu ingin belajar memasak dapat direalisasikan,” katanya lagi.

Ashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merbau Pulas, komited untuk membantu mana-mana pihak khususnya badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktivitinya.

“Apabila aktiviti dapat dijalankan, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat lain,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau turut hadir merasmikan Temasya Kejohanan Sukan Tahfiz Sains An-Najihin yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kulim.

“Pada temasya sukan ini saya dapat melihat kesungguhan para pelajar bersaing sesama mereka di samping nilai-nilai Islam tetap terpelihara.

“Malah temasya ini juga menjadi jendela kepada pencapaian dan bakat pelajar di bidang sukan,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -