Pondok, maahad tahfiz dipilih sertai SLDN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak enam buah institusi pendidikan termasuk pondok dan maahad tahfiz di Kelantan terpilih menyertai Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui Program Perintis TVET Tahfiz Pertanian Kerajaan Negeri.

- Advertisement -

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, usaha tersebut bagi memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu khususnya dalam bidang pertanian.

Beliau berkata, institusi pendidikan tersebut lebih memberi penumpuan terhadap pengajian kitab dalam ilmu agama Islam berbanding pembelajaran akademik dan program khas SLDN amat sesuai bagi pelajar yang mempunyai kecenderungan yang rendah.

“Bagi mengurangkan jurang antara pertanian dan keagamaan sekali gus merealisasikan agenda Bertani Satu Ibadah, satu platform perkongsian informasi dan kemahiran teknikal perlu diwujudkan kepada pelajar tempat pendidikan pondok dan tahfiz.

“Jumlah pelajar yang dibenarkan bagi setiap pondok tahfiz dan yayasan anak yatim yang berjaya ditauliahkan seramai 50 orang dahulu penyertaan bagi setiap istitusi keseluruha melibatkan 300 peserta dari enam institusi ini,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan SLDN Kepada Pusat Latihan & Syarikat SLDN-TVET Tahfiz Pertanian Kerajaan Negeri, Gerakan Pertanian al Falah di Dewan Kijang Hotel Perdana di sini.

Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan itu turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui kolaborasi bersama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) menyediakan wadah pengajian ilmu pertanian kepada pelajar pondok dan pusat tahfiz al Quran di Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selising merangkap Pengerusi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) itu berkata lagi sebagai permulaan program itu dikendalikan oleh KPKB yang melibatkan enam pondok dan tahfiz seluruh Kelantan.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Balaghulmubim, Pasir Mas; Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru Pasir Puteh; Maahad Tahfiz Daril Ulum, Pasir Mas; Pondok al-Fununiah al Ghazaliah, Tunjong dan Pondok Dakwah Islamiah Sri Permai Seligi, Pasir Puteh.

Bagi bukan TVET Tahfiz dibawah Kendalian KPKB juga membabitkan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (YAATIM) di Taman Sabariah di sini yang semuanya akan bermula pada Disember 2023 lalu sehingga 30 November 2026 selama tiga tahun.

“Kita melalui Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi amat berharap KPKB menjadi 37 buah pondok dibawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad, sebuah dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis Bachok.

“Serta 57 tahfiz swasta melalui Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kelantan terlibat dalam program SLDN ini, sekaligus memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan ini di Kelantan bagi membina generasi Islam Rabbani di Negeri Kelantan ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -