Wan Saiful usul bincang isu kebebasan bersuara media sosial

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbincangan mendalam mengenai sekatan kebebasan bersuara di media sosial yang perlu diadakan telah dicadangkan  bagi menghadapi permasalahan tersebut.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan telah mengemukakan cadangan tersebit ketikamenghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi di Parlimen Malaysia, di sini, hari ini.

- Advertisement -

“Saya juga nyatakan bahawa dalam perbincangan itu nanti, Jawatankuasa Pilihan Khas perlu menjemput bukan sahaja agensi kerajaan yang berkaitan, tetapi turut menjemput pengamal media, NGO, ahli akademik, dan penggiat media sosial,” katanya.

Menurutnya,  perkara sebegini adalah perlu supaya situasi sebenar kebebasan bersuara dalam negara ini dapat dikenalpasti oleh pelbagai pihak.

“Tujuan perkara tersebut dilakukan adalah kerana dapat merasakan kebebasan bersuara  dalam negara ini semakin merundum dari semasa ke semasa.”

Tambah beliau, terdapat banyak kes mengenai penggunaan agensi kerajaan yang telah dikerahkan untuk mengekang apa pun kritikan terhadap pihak kerajaan itu sendiri.

“Saya akan susuli cadangan ini dengan permintaan bertulis supaya isu kebebasan bersuara dijadikan salah satu agenda rasmi mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Saya harap Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mempersetujui cadangan saya,” katanya.  HARAKAHDAILY  30/1/2024

- Advertisement -