Usrah bukan sekadar bentuk individu tetapi keluarga

- Advertisement -

KANGAR: Dewan Pemuda PAS Kangar mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Usrah Keluarga Pemuda, satu inisiatif membangun kekuatan keluarga penggerak parti.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Yussaine Yahya, menyatakan bahawa acara seumpama itu tidak hanya membentuk individu Muslim, tetapi melibatkan seluruh ahli keluarga.

“Kami mengadakan usrah dalam format ini, melibatkan semua ahli keluarga, dan meskipun dihiasi dengan kemeriahan suara kanak-kanak, tetapi ini adalah kaedah untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Program yang diadakan di Pusat Tarbiyah PAS kawasan, menarik penyertaan hampir 150 orang peserta. Ini menunjukkan minat yang tinggi walaupun baru pertama kali dijalankan.

Acara bermula dengan solat Isyak berjemaah dan dilanjutkan dengan penyampaian taujihat oleh Ustaz Yussaine.

Usrah Keluarga Pemuda itu akan dijadikan rutin bulanan pada hari Selasa, minggu ke tiga setiap bulan.

Acara tersebut diakhiri dengan jamuan makan istimewa bagi menciptakan pengalaman yang bersifat kekeluargaan serta mengeratkan lagi ikatan dalam kalangan anggota Pemuda PAS kawasan.  – HARAKAHDAILY 24/1/2024

- Advertisement -