Pulau Pinang dan kecelaruan rancangan keterjaminan air 

- Advertisement -

RUPANYA banyak backlog yang ditinggalkan kepada CEO PBAPP Penang termasuk isu paip pecah dalam Sungai Prai. Entah apa lagi la yang kita tak tahu. 

Tak sepatutnya tak ada rancangan alternatif bagi jajaran paip dalam sungai Prai. Jika telah ada rancangan, tak sepatutnya dibiarkan lama kerana menyukarkan kerja maintenance. Paling teruk, jajaran paip dalam sungai Prai ni, menyebabkan insiden paip pecah jadi parah dan sukar dipulihkan apa insiden seperti sekarang berlaku. 

Kerja-kerja penambahbaikan dalam kawalan sendiri ini tak dibuat dengan baik, sebaliknya kita nampak kenyataan media untuk campur tangan luar bidang kuasa seperti cadangan projek UMBA dan SPRWTS pula dijadikan modal besar nak cari silap orang. 

Maka rakyat Pulau Pinang mula berkhayal tak nampak masalah-masalah dalaman sendiri tak selesai, yang akhirnya telah meletup semalam. Telah lama menjadi bom jangka (ticking bomb) tapi semua masih berkhayal sebelum ni. 

Di samping itu, dalam Rancangan Tambakan Laut 3 Pulau PSR pula, dinyatakan akan ada penambahan kira-kira 300,000 populasi. Diringkaskan cerita hal tambak ni, akhirnya dah mula tambakan untuk satu pulau yang disucikan dengan nama baru Silicon Island. Pada mata nelayan tulen, pulau ni adalah silly & con

- Advertisement -

Dalam keadaan sekarang pun, telah ada insiden besar apabila penduduk Barat Daya dan sebahagian Seberang Perai terputus bekalan air. Manakala Timur Laut turut terganggu dengan tekanan rendah.

Insiden krisis air terkini disebabkan masalah sistem penghantaran air dalam paip yang gagal dirancang dengan baik. 

Bagaimana boleh Pihak Berkuasa Negeri nak cakap satu pulau buatan itu boleh berjaya jika pembangunan sedia ada pun tiada keterjaminan air. 

Pelik tapi benar, nak buat pembangunan rancak tapi Pelan Induk Keterjaminan Air tak ada lagi. Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) yang telah ada pun penuh kecelaruan, sekejap 3 pulau, sekejap buat PSR untuk funding LRT. Akhirnya buat satu pulau tak ada kaitan dengan PTMP.

Penuh kecelaruan perancangan yang juga gagal difahami oleh pencabar kerajaan dalam melakukan semak imbang yang baik dalam pentadbiran. Rakyat teramai pun kabur dalam kabus. 

Banyak lagi kisah kecelaruan dan mismatch dalam argumen yang dibuat dalam pentadbiran negeri. Hanya yang mampu faham data tersurat, cepat untuk baca apa yang tersirat. Banyak benda bawah karpet boleh tercungkil. 

ZIKRULLAH ISMAIL
Penduduk Prihatin Hal Keterjaminan Air
Bayan Baru Pulau Pinang
24 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 24/1/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -