Andalusia lancar pakej haji 1445H, brosur 2024/2025-1446H

Dua staf Andalusia menunjukkan brosur Andalusiaku 2024/2025 -1446H.
- Advertisement -

SEPANG: Syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan perancangan jualan dan pemasaran yang lebih efisien dan holistik bagi menyantuni jemaah umrah dan haji di Malaysia.

Pengarah Andalusia Travel & Tours, Ida Riswana Idris berkata, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Andalusia sekali lagi terpilih bersama dengan 25 syarikat pelancongan bumiputera lain untuk menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Muslim, di bawah kolaborasi Tabung Haji (TH) bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputra Malaysia (Bumitra Malaysia).

- Advertisement -

Karnival selama tiga  hari, bermula dari semalam, 19 Januari hingga 21 Januari bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam, dan 9 pagi hingga 6 petang pada 21 Januari itu berlangsung di  Movenpick Hotel & Convention Centre, di sini.

Sehubungan itu, beliau turut merasmikan pakej haji 1445H dan brosur Andalusiaku 2024/2025-1446H bagi membantu para jemaah bagi merancang perjalanan ibadah umrah dan haji serta perlancongan mereka dengan lebih mudah. 

“Mengikuti tradisi, Pakej Haji dan Umrah daripada yang ditawarkan oleh Andalusia sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai. 

“Misi kami di Andalusia adalah untuk menyediakan perkhidmatan umrah dengan berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat Islam, dengan harapan setiap umat Islam dapat menunaikan kewajipan agama mereka tanpa perlu bersusah payah dan bimbang dengan servis perkhidmatan kami,” ujarnya. 

Ida Riswana bersama-sama wakil 25 syarikat pelancongan bumiputera Muslim lain yang terlibat dalam Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Muslim di  Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang dari 19 hingga 21 Jan 2024.

Tambah beliau, Andalusia akan terus komited untuk mengekalkan dan menambahbaik mutu perkhidmatan agensi ini kepada jemaah umrah yang dianggarkan akan bertambah sehingga mencecah 80,000 orang setahun pada musim umrah 1446H nanti.

Ketika ditanya apakah kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat pengendali Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) berbanding syarikat-syarikat umrah dan haji yang lain, Ida Riswana berkata, pakej Umrah 1446H yang ditawarkan oleh Andalusia Travel sangat rendah berbanding agensi lain iaitu pakej umrah adalah bermula RM5,990 yang menggunakan penerbangan AirArabia.

“Bakal jemaah yang bakal mengerjakan umrah dan haji di bawah kelolaan Andalusia Travel terlebih dahulu akan dibimbing oleh guru agama yang mempunyai pentauliahan dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dan dibantu oleh mutawwif yang berpengalaman,” kongsinya. 

Barisan staf Andalusia dalam Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Muslim yang sedang berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang.

Menurutnya lagi, kursus haji bersiri dan kursus intensif akan diadakan di tanah air sebelum bakal jemaah berangkat ke tanah suci. 

“Kuliah agama serta ulangkaji manasik haji turut diadakan sepanjang para jemaah berada di Makkah dan Madinah. 

“Lawatan sekitar Makkah dan Madinah termasuk dua muzium masjid, yang tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya.  HARAKAHDAILY  20/1/2024

- Advertisement -