Langit kelam di Putrajaya

- Advertisement -

SEDANG kita sibuk menguruskan hal dan kehidupan masing-masing semalam, sesuatu yang sangat memilu dan mendukacitakan berlaku di Putrajaya. Rupanya langit kelam semalam menangisi peristiwa ini.

Mahkamah Rayuan di sana telah tolak keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

- Advertisement -

Ini bermakna pengislaman ketiga anak mereka iaitu sepasang kembar perempuan kini 15 dan anak lelaki 13 tidak sah.

Malah mahkamah turut memutuskan Seksyen 117 (b) Enakmen 4 Perlis yang membenarkan pertukaran itu sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Lebih malang Mahkamah turut memberi pelepasan mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu.

Tiga remaja Muslim diisytiharkan kembali Hindu atas tuntutan ibunya.

Kes perceraian dan pertukaran agama seperti ini sering berlaku dan sangat mengecewakan. Pihak Berkuasa Agama perlu lihat serius perkara ini dan perbaiki mana kelemahan yang ada.

Jangan lagi ada anak-anak Muslim dimurtadkan. Malang jika ini terus berlaku.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/1/2024

- Advertisement -