Perang Hamas-Israel hari ke-90: Keadaan kekal teruk

Tentera Zionis Israel dalam operasi di dalam Semenanjung Gaza dalam gambar edaran yang dikeluarkan untuk diterbitkan pada 4 Januari 2023.
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Perang Hamas-Israel yang tercetus sejak 7 Okt lalu kini memasuki hari ke-90 menjelang hari ini, Khamis, 4 Januari 2024.

- Advertisement -

Berikut ialah kemas kini kesan perang itu terhadap orang awam di Gaza dan negara-negara jirannya:

  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengesahkan bahawa ia akan mengadakan perbicaraan awam di The Hague pada 11 dan 12 Januari berhubung kes Afrika Selatan terhadap Israel.
  • Ketua perbandaran Rafah, Ahmed al-Soufi memberitahu Anadolu Agency pada hari Rabu bahawa bilangan orang yang berpindah yang tiba di Rafah di bahagian paling selatan Gaza adalah kira-kira satu juta, sejak perang meletus pada 7 Oktober lepas. Populasi Penduduk biasa Rafah adalah kira-kira 300,000.
  • Ketika pertukaran tembakan berterusan di antara sempadan utara Israel dan sempadan selatan Lubnan, tentera Israel mengatakan bahawa ia akan meneruskan serangannya ke wilayah Lubnan, lapor Al Jazeera melaporkan dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
  • Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata angkatan bersenjatanya akan berjuang hingga tamat jika Israel memilih untuk melanjutkan perang ke Lubnan.
  • Serangan terbaharu Israel membunuh empat lelaki yang dilaporkan ialah anggota Hezbollah di bandar Naqoura di selatan Lubnan.
  • Empat belas ahli satu keluarga, dari kaum keluarga Salah terbunuh semalaman dalam pengeboman Israel ke atas Gaza; dengan Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas melaporkan sejumlah 125 terbunuh akibat pengeboman Israel dalam tempoh 24 jam lalu.
  • Serangan Israel berterusan di sekitar hospital al-Amal, ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
  • Serangan udara dan darat Israel baru-baru ini menyasarkan bandar selatan Gaza Khan Younis dan kem pelarian Bureij di tengah Gaza.

Sementara itu perkembangan dari segi diplomasi dan penyampaian bantuan di Gaza sehingga hari ini, Khamis (4 Jan) adalah seperti berikut:

  • Penasihat kanan Jabatan Pendidikan AS, Tariq Habash telah  meletak jawatan sebagai membantah pendekatan Presiden Joe Biden terhadap perang Hamas-Israel. “Presiden (Joe Biden) mesti menyeru gencatan senjata kekal,” tulisnya dalam catatan X pada hari Rabu.
  • Agensi kemanusiaan tidak dapat menghantar bantuan ke utara Semenanjung Gaza sejak tiga hari lalu, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) OCHA pada hari Rabu. OCHA menambah bahawa konflik aktif ditambah dengan kelewatan akses adalah faktor di sebalik perkara itu, tetapi tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab.
  • Kementerian luar Belanda menyifatkan kenyataan baru-baru ini oleh menteri Israel Bezalel Smotrich dan Itamar Ben-Gvir mengenai penempatan semula Palestin dari Gaza sebagai ‘tidak bertanggungjawab’  dalam siaran di X pada hari Rabu.
  • Belanda, Jerman, Perancis dan Arab Saudi juga mengecam gesaan Israel untuk penghijrahan paksa rakyat Palestin.
  • Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bersedia untuk satu lagi lawatan ke Timur Tengah –  yang keempat sejak perang meletus di Gaza. Beliau juga  bercadang untuk singgah  di Israel. – HARAKAHDAILY 4/1/2024
- Advertisement -