‘Cadangan naikkan tarif Air di Pulau Pinang zalim..’ 

Mohamad Ikhwan Afiq
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Walaupun ini adalah modus operandi yang kerap dilakukan di setiap negeri, namun cadangan menaikkan kadar tarif air di Pulang Pinang adalah zalim jika dibuat tanpa melibatkan pandangan segenap lapisan masyarakat.”

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohamad Ikhwan Afiq berkata demikian, sambil menyeru kerajaan negeri itu agar mendengar suara dan pandangan rakyat terlebih dahulu, susulan cadangan cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menaikkan kadar tarif air bagi pengguna domestik.

- Advertisement -

PBAPP dikatakan bercadang melakukan langkah tersebut disebabkan terpaksa menanggung sekitar RM100 juta setahun bagi subsidi pengguna domestik

“Cadangan (PBAPP) menaikkan tarif air secara drastik tersebut menafikan denyut nadi rakyat di zaman yang serba mencabar dengan kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu terlebih dahulu menyemak beberapa perkara, termasuklah keupayaan rakyat untuk membayar peningkatan tarif air ini dan mempertimbangkan langkah baru yang tidak membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohamad Ikhwan mencadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mengadakan sesi meja bulat untuk mendapatkan pandangan dan idea-idea yang bersesuaian sebagai alternatif kepada kenaikan tarif air.

“Penganjuran sesi meja bulat bersama pemegang taruh berkaitan, termasuklah  pihak Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), pakar pengurusan sumber air serta wakil pembangkang dapat membantu Kerajaan Negeri merungkai kemelut yang melanda ini.

“Langkah menaikkan tarif air adalah sebuah pendekatan konservatif yang sekian kali dilakukan oleh setiap negeri apabila melihat kos menyelengaraan meningkat.

“Namun, masih belum ada yang berjaya mencari sebuah formula yang sesuai untuk memastikan rakyat tidak terus terbeban,” katanya.  HARAKAHDAILY 4/1/2024

- Advertisement -