Dakwaan ‘Langkah Dubai’: Kerajaan paranoid

- Advertisement -

BARU-baru ini, keluar dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang kononnya wujud ‘Langkah Dubai’ daripada kumpulan pembangkang untuk jatuhkan kerajaan.

Agak ‘menghiburkan’ apabila insan berpangkat daripada agensi utama kerajaan yang menyebarkan khabar angin sebegini.

Tanpa bukti yang kukuh.

Hanyalah suara bisikan yang entah datang dari mana dijadikan sandaran.

Tindakan beliau cukup tidak baik untuk imej kerajaan. Bak kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, tindakan beliau ini sangat tidak cermat dan boleh ditafsir bahawa Kerajaan Madani ini tidak kukuh. 

Susulan itu, seorang penganalisis dari Universiti Malaya menyifatkan bahawa J-Kom telah termakan ‘dongeng’ yang diwujudkan sebagai propaganda pihak tertentu.

Apabila mengenangkan ‘liabiliti-liabiliti’ dalam Kerajaan Perpaduan sekarang yang tidak habis-habis membangkitkan kemarahan orang Melayu, mungkin ini antara faktor yang menimbulkan kerisauan tidak berasas sebegini.

Apatah lagi, langkah-langkah seperti ini terlebih dahulu menjadi rutin Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

“We have numbers. We have convincing majority.”

Itu yang takut sangat tu.

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA – HARAKAHDAILY 2/1/2024  

- Advertisement -
- Advertisement -