Covid-19: Kes cecah 56,000, Singapura syor pelitup muka

Singapura ketika melaporkan 280 kes baharu Covid-19 pada 27 Dis 2021, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 278,044. (FOTO FAIL: The Straits Times/ANN)
- Advertisement -

SINGAPURA: Kerajaan Singapura telah mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelancong dan rakyatnya selepas merekodkan 56,000 lagi kes Covid-19 di negara itu. 

Kementerian Kesihatan di Singapura telah mengambil langkah selepas peningkatan jangkitan selepas mengikut kemas kini terbaharu, terdapat kira-kira 56,043 kes Covid-19 yang dilaporkan sepanjang minggu 3 Disember hingga 9 Disember 2023. 

- Advertisement -

“Ini menandakan peningkatan ketara daripada 32,035 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. 

“Malah, purata kemasukan ke hospital setiap hari disebabkan Covid-19 telah meningkat daripada 225 kepada 350 berbanding minggu sebelumnya, manakala purata kes Unit Rawatan Rapi (ICU) harian telah meningkat daripada empat kepada sembilan,” ujar kenyataan itu.

Kerajaan Singapura juga telah menekankan bahawa sublineage BA.2.86, dikenali sebagai JN.1, adalah ‘pencetus’ di sebalik majoriti kes Covid-19 di negara itu pada ketika ini, lapor Times of India.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata bahawa tiada bukti konklusif yang menunjukkan bahawa BA.2.86 atau JN.1 sememangnya lebih mudah ditularkan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bekerjasama dengan hospital awam di Singapura untuk membangunkan pelan keselamatan sebagai tindak balas kepada situasi semasa. 

Pelan ini merangkumi pelbagai langkah, seperti memastikan tenaga kerja yang mencukupi dan menangguhkan prosedur elektif yang tidak mendesak. Objektifnya adalah untuk mewujudkan kapasiti katil tambahan, khususnya untuk kes-kes yang mendesak.

Kementerian Kesihatan Singapura  sehubungan itu kini bersedia untuk merasmikan Kemudahan Rawatan Covid-19 (CTF) baharu di Singapore EXPO Hall 10, khusus untuk menyediakan penjagaan bagi lebih 80 pesakit Covid-19 yang stabil yang tidak memerlukan rawatan intensif di hospital.

“Individu yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut (ISPA) amat dinasihatkan untuk berada di rumah. 

“Dalam interaksi yang tidak dapat dielakkan, memakai topeng, mengehadkan penglibatan sosial, dan mengelakkan tempat yang sesak adalah langkah berjaga-jaga yang disyorkan.

“Pelancong telah diminta untuk mengambil langkah pencegahan, termasuk memakai topeng di lapangan terbang, mendapatkan insurans perjalanan, dan menjauhi ruang yang kurang pengudaraan dan sesak.

“Untuk mengoptimumkan sumber hospital, orang ramai digalakkan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan secara eksklusif untuk kecemasan yang serius atau mengancam nyawa,” jelas kenyataan kementerian tersebut,” tambah kenyataan itu

Kementerian itu dalam kenyataan itu juga berkata bahawa menekankan peranan penting vaksinasi dalam memerangi Covid-19. 

“Ia akan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dalam kalangan individu yang mengikuti vaksinasi mereka, terutamanya mereka yang telah menerima dos tambahan dalam tempoh 12 bulan yang lalu,” katanya.  HARAKAHDAILY 19/12/2023

- Advertisement -