Ultra Kiasu terus ghairah buru kuasa pemerintahan

- Advertisement -

BELUM pun reda isu bukan-Melayu (Cina) boleh menjadi Perdana Menteri (PM), ultra kiasu membangkitkan satu lagi  isu baharu, iaitu mengenai Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terutamanya. Tidak habis-habis membangkitkan isu sensitif. Semua berkaitan mahu merampas kuasa yang berada di tangan pribumi, orang Melayu (juga bumiputera Sabah Sarawak).

Jika berjaya, selepas ini, semua PBT yang berada di bandar (raya) akan disapukan bersih oleh ultra kiasu seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kelang, Kota Kinabalu, Kuching dan bandar-bandar majoriti ultra kiasu

Dalam pemikiran ultra kiasu ini, hari-hari berfikir untuk merampas dan mendapatkan kuasa sebanyak mungkin. Tidak cukup bercakap di dalam negara, di luar negara mereka canang. 

Inilah yang selalu saya perkatakan, bahayanya ultra kiasu dalam politik Malaysia. Jika terus menerus mereka berkuasa, kita tidak dapat jangka apa akan terjadi selepas ini. Apakah isu-isu sensitif baharu yang akan dibangkitkan? Apapun, ia tidak dapat lari daripada perkara pokok utamanya, iaitu mendapat sebanyak mungkin kuasa, kerana dengan kuasa sahajalah mereka boleh buat apa sahaja, bagi menjaga kepentingan nafsu serakah mereka. 

Kini adik beradik dan saudara maranya berada dalam Kementerian strategik, sudah pasti, pelbagai lagi kemudahan dan keuntungan yang pastinya akan dibolot dan digunakan segala ruang dan peluang untuk mendapat kuasa sebanyak mungkin. 

Kita ini, hidup-hidup diperbodohkan. Lihat liciknya ultra kiasu, mula-mula, ultra kiasu ini melaga-lagakan sesama Melayu, parti-parti politik Melayu, menjadikan kita berpecah. Setelah berjaya, kita bergaduh sesama sendiri. Kini, ultra kiasu  menjadi pemerhati pergaduhan sesama kita, kerana mereka telah berjaya menusukkan jarumnya.

Lebih malang lagi, Melayu-melayu Islam yang berada dalam parti ultra kiasu ini, langsung tidak berani bersuara. Semua kaku dan keju, takut kehilangan kuasa. Jika tidak dilantik menjadi pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya.

Wahai pribumi Melayu dan bumiputera, bangunlah, sedarlah akan kelicikan ultra kiasu ini.  Jangan biarkan negara ini hancur di bawah, penguasaan nafsu serakah ultra kiasu

Mereka sudah menguasai hampir sepenuhnya, tunggu sikit sahaja lagi. Kita  yang sedar, terus bertelagah. Sampai bila?

Jangan sampai nasi jadi bubur, meskipun sudah hampir jadi bubur.

Ultra kiasu yang sedang duduk dalam semua Kementerian, mereka tidak duduk sahaja, mereka aktif menjalankan kerja. 

Bukan macam kita, bila berada di tampuk kuasa, terus leka dibuat mimpi berada di kerusi empuk berhawa dingin. Sudah lupa akan perjuangan sebenar. 

Bangunlah wahai Umno, veteran Umno sudah bersuara, apakah kamu masih lagi mahu terus bersangka baik.

Ingat sejarah, siapa wajah ultra kiasu sebenar. Selagi perjuangan mereka, bersifat sosialis, Malaysian Malaysia, mahukan negara sekular, selagi itulah ultra kiasu ini langsung tidak boleh dipercayai, meskipun mati hidup semula. 

Apa lagi yang ultra kiasu tidak dapat hari ini. Boleh kata semua sudah dapat. Sektor Pendidikan vernakular yang tidak ada dalam dunia lain dia dapat, ekonomi sudah lama dikuasai.

Komunikasi dan digital pun sudah dikuasai. Mereka ada siaran radio dan televisyen sendiri serta media sosial sendiri. Perjuangan dan perniagaan  haram, menghidup judi, arak, kelab malam, dan pelbagai sektor strategik, perbankan riba, makanan, yang mendatang keuntungan, semua mereka sudah dikuasai.

Tinggal sedikit lagi, kuasa Perdana Menteri dan PBT.

Sekarang ini ultra kiasu terlalu mendesak supaya persempadanan kawasan pilihan raya diadakan segera. Pecah kawasan pilihan raya. 

Ultra kiasu bandar paling padat. Mereka akan dapat paling banyak kerusi, walaupun mengikut pertumbuhan penduduk, mereka hanya berada di bawah 30 peratus. Sepatutnya, jika ikut pecahan angka, ultra kiasu hanya layak, maksima 30 peratus sahaja.  Itu baharu namanya adil, ikut pecahan penduduk. Tetapi ultra kiasu tidak mahu. Ultra tetap dengan kiraan angka, siapa lebih banyak kerusi. 

Jika persempadanan semula kawasan bandar dilakukan, pastinya paling untung adalah ultra kiasu, kerana mereka akan menguasai lebih banyak kerusi. Tidak mustahil, PM akan datang akan jatuh ke tangan mereka.

Kita tunggu, siapakah yang bakal menjadi pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggantikan yang akan bersara. Jika kerajaan tunduk, menggantikan pengerusi SPR yang akan bersara tidak lama lagi, dengan ultra kiasu, pasti masa depan negara ini akan jatuh kepada ultra kiasu

Ultra kiasu Melayu selalu berhujah, mana mungkin negara ini akan jatuh kepada ultra kiasu, sebab penguasa tertinggi tinggi kita, adalah Melayu. 

Hari ini kita bercakap soal kuasa dan angka, bukan soal siapa pemimpin tertinggi. Dengan kuasa dan angka, tidak mustahil langsung, negara ini akan terlepas. Negara jiran Selatan kita, yang merupakan negara kita sendiri pun sudah terlepas, walaupun pada awalnya dihuni majoriti Melayu.  

Bangunlah wahai pribumi Melayu dan bumiputera, apakah kamu sudah lupa bagaimana rakusnya ultra kiasu ini. Saya tidak dapat lupa, rakusnya mereka, mengubah tanda jalan di bandaraya Kuching suatu masa dahulu, dengan meletakkan tulisan Cina di atas nama papan tanda jalan, tanpa kebenaran PBT.

Pergilah ke Pulau Pinang hari ini, sudah tidak nampak lagi identiti Pulau Pinang, mengikut nama sebenar Pulau Pinang, tetapi telah menjadi identiti Penang, yang tidak ada makna pada namanya, sudah hilang melayunya. Sudah menjadi Hong Kong. Bahasa Melayu langsung tidak lagi didaulatkan. Bayangkan apa akan terjadi jika Kuala Lumpur (PBT DBKL) jatuh ke tangan ultra kiasu

Ini belum termasuk lagi agenda Kristianisasi mereka. Agenda kerasukan kuasa ini, jika berjaya, sudah pasti dapat melunaskan agenda Kristianisasi mereka. Fikirkanlah.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 18/12/2023 

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044598859584/posts/900943454735608/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -