Projek rumah generasi Felda tertangguh 10 tahun

Dato' Jasri Jamaludin
- Advertisement -

KUANTAN: Isu perumahan generasi kedua Felda yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Dato’ Jasri Jamaludin dalam persidangan DUN Pahang masih belum dijawab.

- Advertisement -

Menurut Jasri, isu perumahan yang dibawanya tidak dapat dijawab secara lisan oleh exco perumahan kerana ia masih belum dilantik.

“Jadi semalam exco Felda memberi jawapan untuk menjawabnya secara bertulis berkenaan isu perumahan tersebut.

“Saya juga masih menunggu dan sedikit kecewa kerana tidak dapat jawapan daripada pihak kerajaan secara terus semasa di dewan ini,” katanya dalam satu sidang media selepas sidang Dun, di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS.

Menurut Jasri, isu perumahan generasi kedua sangat meruncing keperluannya kepada penduduk Felda.

Mengulas lanjut beliau berkata, projek itu sudah berlangsung terlalu lama sehingga lebih 10 tahun tetapi masih belum dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan.

“Jadi perkara yang saya bangkitkan adalah rumah generasi kedua ini telah diambil alih oleh lembaga perumahan dan hartanah Pahang pada 2021 apabila Felda menyerahkan kepada kerajaan.

“Sehingga hari ini kalau mengikut jadual sepatutnya perumahan ini dijangka siap pada bulan ini iaitu Disember kerana pekerja telah dimulakan pada awal tahun 2022 lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/12/2023

- Advertisement -