Saifuddin tak puas hati keputusan YDP Dewan Rakyat

Saifuddin Abdulla
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘“Kenyataan Ahli Parlimen (MP) Tambun mengenai saya mengenai Statut Rome tanpa kelulusan kabinet jelas mengelirukan.”’

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata demikian sambil menegaskan bahawa beliau telah menerima surat daripada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat mengenai perkara tersebut

- Advertisement -

Tambahnya, perkara tersebut telah pun dijawab oleh Ahli Parlimen Tambun yang merupakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui surat tersebut. 

“Namun saya tidak puas hati dengan keputusan Tuan Yang Dipertua (YDP) mengenai perkara tersebut kerana jelas kenyataan beliau mengelirukan sedangkan saya ada kelulusan kabinet ketika membuat Statut Rome,” katanya. 

Menurut  beliau, kenyataan tersebut adalah jelas tidak tepat dan menimbulkan persoalan sama ada Perdana Menteri hanya cakap sahaja semata-mata berkenaan perkara tersebut. 

“Jadi saya nak beritahu yang saya tidak puas hati dengan keputusan tersebut dan apakah remedinya (cara bagaimana pelanggaran hak ditangani)  perkara ini?” katanya ketika selesai Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat,di sini, hari ini. 

Sementara itu Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul menyatakan bahawa remedi mengenai perkara tersebut boleh ditulis semula kepadanya memandangkan beliau mempunyai pasukan peguam sendiri untuk mengkaji perkara tersebut. 

“Saya tidak buat keputusan based on my heart (berdasarkan gerak hati saya),  jadi saya akan minta nama legal team (pasukan perundangan) saya untuk revise (semak) balik dan kalau kita boleh pertimbangkan balik,” katanya.  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -