Rakyat Terengganu sedia solat hajat tuntut royalti

Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Sehingga sekarang kerajaan Terengganu hanya mendapat RM510 juta daripada royalti petroleum dibayar kerajaan Pusat.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahnmad Samsuri Mokhtar berkata, lebih kurang RM1 bilion lagi belum dibayar kerajaan Pusat kepada Terengganu.

Katanya rundingan dengan kerajaan Pusat masih lagi berjalan bagi memastikan hak rakyat Terengganu diperolehi.

“Seperti saya sebut dalam sidang Dun kita terus berunding dan jangan anggap kita hanya duduk diam, salah satu sebab kenapa saya dibawa ke parlimen kerana tekanan yang diberi sebegini rupa kita kena step up dan terus berusaha.

“Jadi pada saya sebagaimana yang orang lihat pada pilihan raya lalu kenapa Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Sanusi tegas mempertahankan hak negeri itu.

“Pada saya kerana mereka yang create Sanusi… mereka serang sampai begitu, apa pilihan yang dia (Sanusi) ada jadi kena lawan balik,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan turut mendedahkan hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada royalti petroleum, berbanding sebelum ini lebih RM250 juta setahun.

Dr Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, sama juga dengan negeri-negeri yang dibuli dan sebagainya apa pilihan negeri yang ada.

Kata beliau tak mungkin negeri terbabit duduk diam berterusan dengan diskriminasi kerajaan Pusat terhadap negeri.

“Dengan apa yang berlaku itu kita belum mula sembahyang hajat lagi. Saya ditekan oleh ramai kalangan pimpinan di negeri ini, kalau mereka tidak bagi juga kita sembahyang hajat.

“Saya sebut kepada mereka bersabar dahulu biar saya hantar mesej yang sama kepada pemimpin di Putrajaya.

“Saya sudah memberitahu pemimpin di Putrajaya saya menahan mereka supaya cool down, saya berusaha untuk bincang tetapi saya kata saya sudah bagi tahu Putrajaya. Berapa lama saya boleh bersabar.

“Nak tahan mereka daripada menganjurkan sembahyang hajat. Saya sudah memberitahu tahu mereka, sampai satu masa saya tidak boleh tahan saya akan membiarkan perkara itu berlaku.

So when you do it, now or you want to wait, or you want to continue to see pressed us, up to you. Jadi kita tengoklah,” ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Kemaman berkata, manusia seumpama spring apabila ditekan mereka akan melompat tinggi.

Oleh itu kata beliau buat masa sekarang tumpuan diberi berbincang dengan kerajaan Pusat.

“Kita berunding elok-elok supaya kita win win tetapi bila dibuli ditekan what option do you have? Apa pilihan yang kita ada sedangkan life goes on di negeri,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -