Kempen BN guna dewan sekolah: Cabul hak sama rata?

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan pelanggaran perkara dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, kerajaan tidak mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perkara tujuh iaitu hak persamaan dan tanpa perbezaaan di sisi undang-undang.

- Advertisement -

“Situasi tersebut dapat dilihat dalam kempen antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

“Isunya adakah pihak pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang sah mendapat layanan yang sama apabila berurusan di premis kerajaan, surat ini merupakan akses politik yang dibenarkan.

“Jika pembangkang mohon benda sama bagi kempen politik, ia boleh dibenarkan?, saya fikir keadilan itu hendaklah adil, perlu dilihat adil barulah adil dalam makna sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut menunjukkan salinan surat bertarikh 22 November daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dialamatkan kepada Barisan Nasional (BN) Kemaman.

Suat itu merupakan kebenaran bagi mengadakan program pemimpin PH bersama rakyat di tiga buah sekolah ketika kempen PRK Parlimen Kemaman sedang rancak dijalankan kedua-dua belah pihak.

Program berbaur kempen politik itu yang dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu bermula 29 November hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru.

Kemudian ia diteruskan majlis yang sama di Dewan Sekolah Menangah Kebangsaan Bukit Kuang dan dijangka berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dalam Parlimen Kemaman.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -