Royalti: Terengganu terima RM510 juta setakat Okt 2023

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Persekutuan masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum milik rakyat Terengganu secara penuh setakat Oktober 2023.

- Advertisement -

Menurutnya, rakyat negeri ini sepatutnya menerima hak mereka dengan anggaran terimaan sebanyak lebih RM1.5 bilion tahun ini.

“Tetapi kita hanya menerima RM510 juta sahaja setakat bulan lalu,” ujarnya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed pada persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Tambahnya, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 2022 (zaman PN) apabila rakyat Terengganu menerima hak mereka sebanyak RM1.1 bilion.

Beliau yang juga ADUN Ru Rendang berkata, berdasarkan jumlah terimaan tahun ini, Kerajaan Persekutuan masih belum membayar RM1.01 bilion kepada kerajaan negeri.

Ahmad Shah dalam soalannya bertanya berapakah jumlah royalti minyak yang belum dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan neger bagi baki tahun 2023. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -