Penjawat awam Kedah terima bayaran khas RM2,000

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 5,600 penjawat awam di Kedah bakal menerima bonus tahunan sebanyak RM2,000 yang akan dibayar pada Disember ini dan Mac 2024.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bayaran itu merupakan bonus paling tertinggi dihadiahkan kerajaan negeri setakat ini.

Menurutnya lagi, bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM10.8 juta.

“Bayaran khas kakitangan awam kerajaan negeri ini merupakan yang paling tertinggi berbanding tahun-tahun lalu (RM1,000),” jelasnya pada sidang media selepas pembentangan Bajet Negeri Kedah 2024 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Tambahnya, bantuan khas one-off kepada imam lantikan negeri, pengerusi serta setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) juga akan dibayar pada Mac 2024.

Walau bagaimanapun, ujarnya jumlah bayaran akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, katanya lagi, Bajet Kedah 2024 kali ini lebih memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, kemas kini pentadbiran awam dan lain-lain berkeperluan.

“Setiap sen haruslah dibelanjakan ke arah struktor yang mustahak, tiada ketirisan mahupun perbelanjaan berkaitan parti serta memastikan tiada pengabaikan terhadap keperluan yang penting,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu juga memaklumkan, Bajet 2024 turut memberi fokus kepada hasil baharu iaitu daripada nadir bumi (REE).

“Pilot projek REE di Kedah ini akan diteroka di hutan simpan di samping beberapa kajian dirian hutan akan dilakukan.

“Tiap hasil yang dari perut bumi akan membawa pulangan 15 peratus kepada kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Justeru, Jabatan Perhutanan akan memastikan kawasan hutan simpan yang sesuai untuk tujuan berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/11/2023

- Advertisement -