KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, hari ini, memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Muttalib dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan secara terperinci keadaan ahli parlimen berkenaan.
“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU (Unit Rawatan Koronari), IJN.
“Beliau tidak boleh dilawati. Namun, doa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh segera,” katanya.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ismail mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) pada PRU15 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,821 undi. – HARAKAHDAILY 21/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!