Bapa Luis Díaz dibebaskan oleh gerila Colombia

Luis Manuel Díaz (kanan sekali dalam gambar besar), bapa kepada Luis Díaz (gambar kecil) dibebaskan pada Jumaat, 11 Nov 2023 selepas 13 hari diculik puak gerila Colombia.
- Advertisement -

BOGOTA: Bapa pemain bola sepak Liverpool kelahiran Colombia, Luis Díaz telah dibebaskan oleh puak gerila sayap kiri yang menculiknya sejak 13 hari lalu.

Sumber polis dan media tempatan pada Khamis (9 Nov) berkata, Luis Manuel Díaz telah diserahkan kepada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai gereja Katolik oleh anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) Colombia.

Díaz, 56, telah diculik pada 28 Okt lalu di kampung halaman keluarga itu, Barrancas bersama isterinya yang kemudiannya dibebaskan dalam beberapa jam kemudian.

Media tempatan berkata Díaz telah diterbangkan  dengan helikopter tentera ke bandar Valledupar, di mana beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikembalikan kepada keluarganya.

- Advertisement -

Laporan itu juga memetik pihak berkuasa sebagai berkata bahawa, Diaz  berada dalam keadaan kesihatan yang baik, tanpa tanda-tanda penganiayaan atau kecederaan.

Menurut akhbar El Tiempo, keadaan penuh emosi mewarnai di kawasan kejiranan di mana pasangan itu tinggal, dengan ahli keluarga berkumpul menyambut kepulangan Diaz.

Kebanyakan mereka memakai baju pasukan Liverpool yang mempunyai nombor 23 dan tertera  nama Luis Díaz.

Sehubungan itu, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu TNT Sports bahawa Luis, 28, pemain di bawah kendaliannya  itu sebagai ‘sangat gembira’ dengan perkembangan terbaharu mengenai bapanya itu.

“Kami gembira dengan berita bapa (Luis Díaz) selamat kembali dan kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan dia dibebaskan,” ujarnya di platform X.

Dalam pada itu, sepupu kepada bapa pemain bola sepak itu, Luis Alfonso Díaz memberitahu Caracol Radio bahawa keadaan agak ‘beremosi’ untuk mengetahui bahawa Diaz  telah dibebaskan selepas beberapa ahli keluarga dihurung kesedihan.

“Kami berasa lega yang sangat dan gembira kerana ia (perasaan bimbang dan sedih selepas Diaz diculik) telah sampai ke penghujungnya,” tambahnya.

Luis Diaz ketika Liverpool menentang Luton Town pada Ahad, 5 Nov 2023.

Presiden Colombia, Gustavo Petro  turut memberi reaksi  di X, sebelum ini Twitter, dengan mesej: “Long live Freedom and Peace.”

Persekutuan Bola Sepak Colombia (CFF) pula mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab atas pembebasan Luis Manuel Díaz, termasuk pihal kerajaan, tentera dan polis negara itu.

“Bola sepak adalah keterujaan dalam keamanan. Jangan sekali-kali sesiapa terfikir untuk menyerang realiti itu lagi,” ujar CFF.

Pada hari penculikan tersebut, pasangan Díaz telah diculik oleh sekumpulan  lelaki bersenjata ketika mereka berhenti di sebuah stesen minyak di Barrancas, di wilayah utara La Guajira.

Penculik kemudiannya meninggalkan ibu Luis Díaz, Cilenis Marulanda, di dalam kereta ketika polis mengadakan sekatab  jalan raya masuk, tetapi menyeret pergi bapanya.

Polis pada asalnya mengatakan bahawa geng penjenayah paling mungkin terbabit dalam kes penculkikan tersebut; namun delegasi kerajaan yang terlibat dalam rundingan damai dengan kumpulan pemberontak itu  kemudian berkata bahawa ia mempunyai ‘maklumat rasmi’ bahawa penculikan itu telah dilakukan oleh  satu unit milik ELN.

Luis di samping kedua-dua ibu bapanya, Luis Manuel Díaz dan Cilenis Marulanda.

ELN ialah kumpulan gerila aktif utama Colombia yang masih aktif yang telah memerangi negara itu sejak tahun  1964 dan mempunyai anggaran 2,500 ahli.

Ia paling aktif di wilayah sempadan dengan Venezuela, tempat Luis Manuel Díaz dan isterinya tinggal.

Penculikan itu menyebabkan kemarahan di Colombia, di mana Luis Díaz – yang merupakan sebahagian daripada pasukan kebangsaan Colombia  sangat popular.

Pasukan Liverpool  juga telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Díaz menjaringkan gol menentang Luton Town pada  Ahad, mengangkat bajunya untuk mendedahkan perkataan dalam bahasa Sepanyol, Para Papa yang bermaksud ‘kebebasan untuk papa’.

“Setiap saat, setiap minit kebimbangan kami bertambah,” kata Díaz, 26, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas perlawanan di Liga Perdana England itu. – HARAKAHDAILY 10/11/2023

- Advertisement -