PM usah gusar tekanan negara kuasa besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu takut kepada tekanan negara kuasa-kuasa besar kerana menyokong perjuangan rakyat Palestin memandang rakyat berada di belakang.

- Advertisement -

Ketua Pembangkang Dato Seri Hamzah Zainudin berkata, hari ini ribuan rakyat mahu tunjuk solidariti di hadapan Duta Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia berjuang bersama-sama dengan Palestin.

“Kita nak bagi tahu kerajaan bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong perjuangan Palestin jadi jangan takut dengan Israel.

“Rejim Zionist Israel telah lama membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah. Tindakan sebegini kita tidak boleh diam diri,” katanya pada Himpunan 10K Solidariti Palestin yang di Jalan Tun Razak hari ini.

Kata beliau lagi, Israel melanggar undang-undang antarabangsa namun malangnya langsung tidak diambil tindakan oleh negara kuasa besar.

“Jadi kami menyokong perjuangan rakyat Palestin dan kita nak tunjuk kepada kuasa-kuasa besar yang kami tidak akan sesekali berkompromi dengan kezaliman Israel,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAS Pusat Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut mengutuk kekejaman negara Israel.

Kata beliau, orang Yahudi banyak menumpahkan darah para Nabi dan menimbulkan pelbagai kezaliman kerana mereka menguasai ekonomi dunia hari ini.

“Ini termasuk mereka yang mengawal IMF dan mereka juga membekalkan senjata kepada Zionis Yahudi termasuk Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau juga berkata, tentera Zionis Yahudi mengebom pelbagai bangunan di Palestin termasuk hospital.

Kata beliau, tindakan itu tidak harus dibiarkan oleh umat Islam kerana orang Yahudi sudah banyak melakukan kezaliman terhadap penduduk Palestin.

Menurutnya Zionis Yahudi melakukan pencerobohan terhadap Masjidil Aqsa dan merancang untuk merobohkan Masjidil Aqsa.

“Tetapi sehebat mana pun senjata canggih yang mereka memiliki tetapi rakyat Palestin tidak pernah sesekali gentar dan kita juga tidak boleh berdiam diri,” ujarnya.

Beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama dengan Palestin sehingga tokoh Yahudi orthodox menganggap Yahudi Israel sedang menggali kubur sendiri.

“Saya yakin dan percaya seluruh umat Islam akan terus menyokong Palestin dan sekurang-kurangnya kita berdoa untuk rakyat Palestin,

“Mari kita sama-sama bersatu dan bangkit dalam menentang apa pun kezaliman rejim Zionist Israel,” tegasnya.

Puluhan ribu hadir pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti bersama-sama rakyat Palestin. – HARAKAHDAILY 28/10/2023

- Advertisement -