Sikap orang beriman terhadap musuh Islam

- Advertisement -

KEJUTAN besar di Parlimen dua hari lepas kerana larangan memanggil orang kafir sebagai kafir, sebaliknya diarahkan supaya dipanggil mereka sebagai orang bukan-Islam. 

Ya, ia hanya istilah, tetapi ia adalah gambaran terhadap sikap orang Islam yang berlemah-lembut terhadap orang kafir, terutama orang kafir yang keras terhadap Islam.

Sebahagian orang kafir di Malaysia menentang Undang-undang Syariat daripada dilaksanakan ke atas orang Islam, mereka menyaman kerajaan negeri yang menghapuskan judi, bahkan mereka menentang Hadis 40 dan tulisan Jawi. 

Mereka juga berjuang supaya murtad dibenarkan dan menghalang sesiapa yang cuba di-Islamkan. Mereka sangat keras terhadap Islam, tetapi orang Islam pula berlembut-lembut dengan mereka.

Allah S.W.T berfirman:

- Advertisement -

 یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَن یَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَسَوۡفَ یَأۡتِی ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ یُحِبُّهُمۡ وَیُحِبُّونَهُۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ یُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا یَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَاۤىِٕمࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ یُؤۡتِیهِ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya.”

(al-Māʾidah: 54)

Orang beriman, antara sifat mereka ialah berlembut dengan sesama orang beriman, dan bertegas terhadap orang kafir. Itulah yang disebut oleh Allah. Tetapi, di Parlimen wakil rakyat diarahkan supaya berbuat sebaliknya.

Bagi sesiapa yang mendakwa merekalah yang menyambung legasi perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang sebenar, dan menuduh PAS telah tergelincir daripada perjuangan Almarhum itu, mari kita sama-sama membaca komentar TGNA dalam tulisannya di bawah ini. 

Semoga tahulah kita bahawa TGNA menyuruh kita bertegas dengan musuh, seperti mana perintah Allah S.W.T. Selamat membaca dan berfikir.

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 25/10/2023

- Advertisement -