DNAA TPM: Persepsi pelabur asing, masyarakat antarabangsa

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ingin tahu apakah persepsi pelabur asing dan masyarakat antarabangsa selepas kerajaan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada 47 kes rasuah dan salah guna kuasa.

- Advertisement -

Beliau selaku Ahli Parlimen Marang, meminta penjelasan itu daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL hari ini sebagaimana di bawah.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) apa rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kerajaan agar kesesakan lebuh raya seperti di Tol Bentong dan Tol Gombak dapat dikurangkan; dan

(b) adakah Kerajaan bersetuju sekiranya lampu solar dipasang di lebuh raya yang tidak mempunyai lampu jalan.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) pelan tindakan bagi meningkatkan sumber protein berasaskan hidupan laut yang menjadi keperluan rakyat; dan

(b) strategi mapan  bagi meningkatkan hasil pendapatan nelayan darat terutamanya di negeri Kedah.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan  Iklim menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan Non-Revenue Water (air tidak terhasil) bagi negeri-negeri yang peratusnya lebih tinggi dari purata national (37.2%) seperti negeri Kedah.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan apakah terdapat perancangan Kementerian untuk menambah lagi cawangan di setiap negeri bagi merancakkan industri pelancongan.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan inisiatif Kementerian untuk menggalakkan model “pertanian pintar” dalam industri pertanian negara, khususnya sektor padi dan kelapa sawit, bagi membantu petani dan peladang mengoptimakan input dan memaksimakan output, di samping penghasilan data dengan pantas dan tepat.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah dilakukan pengendali lebuh raya untuk memastikan keselamatan pengguna daripada risiko kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan kenderaan dan kecederaan pengguna akibat keberadaan objek seperti serpihan tayar lori di atas jalan raya.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan mengapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ada di Kedah dilarang menyertai program-program pendidikan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Ekonomi menyatakan status program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga hari ini, termasuk program vending machine nasi lemak.

Tuan  Haji  Mohd  Misbahul  Munir  bin  Masduki  [Parit  Buntar] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan langkah-langkah pihak Kementerian bagi memastikan sumber air untuk pertanian di Parit Buntar khususnya dan daerah Kerian umumnya mencukupi bagi menampung keperluan hasil pertanian.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan berapa peratus jumlah tanah dan aset yang telah menjadi milik kekal pada warga asing atau syarikat asing mengikut negeri-negeri di seluruh negara bermula tahun 2020 sehingga 2023.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menggalakkan majikan dan pihak industri untuk menghantar lebih ramai pekerja tempatan dan asing untuk mendapatkan pasport keselamatan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Ekonomi menyatakan langkah yang akan diambil Kerajaan bagi merapatkan jurang ekonomi antara lima buah negeri maju (Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang) dengan sembilan buah negeri kurang maju (Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang Sarawak, Sabah, Kelantan, Perak dan Perlis). Ini memandangkan 62% daripada KDNK negara disumbangkan oleh lima buah negeri maju dan jurang pendapatan isi meningkat dari RM2,593 pada 2009 kepada RM6,369 pada 2022.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Ekonomi menyatakan perincian yang mendalam tentang pelaksanaan dasar gaji progresif seperti yang tertera di dalam dokumen Kajian Separuh Penggal RMK-12.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan secara lengkap dan terperinci jumlah pengeluaran beras putih tempatan bagi tahun 2020, 2021, 2022 dan musim 1/2023, mengikut negeri-negeri di Malaysia atau mengikut kawasan jelapang tanaman padi di Malaysia seperti MADA, IADA dan sebagainya. Berapa peratuskah pengeluaran tahun-tahun tersebut berdasarkan nilai SSL negara.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah dan tindakan drastik yang telah diambil oleh Kementerian menerusi agensi FAMA dalam usaha memerangi monopoli kartel ‘Orang Tengah’ dalam menentukan bekalan harga barangan dan sayuran di pasaran.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Ekonomi menyatakan perincian setiap peruntukan RM1.6 bilion projek pembangunan negeri Kedah serta jelaskan sama ada projek tersebut projek sambungan atau projek baharu.

Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan tindakan yang dilaksanakan bagi membendung kenaikan harga barangan asas terutama beras yang semakin membebankan rakyat.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan pendirian Kementerian terhadap keterlibatan para pelajar IPT dengan program-program anjuran pejabat Exco Kerajaan negeri atau agensi Kerajaan yang berkaitan.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri menyatakan apakah persepsi pelabur asing dan masyarakat antarabangsa selepas Kerajaan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri daripada 47 kes rasuah dan salah guna kuasa. – HARAKAHDAILY 25/10/2023

- Advertisement -