PAS nafi akan jadi sebahagian Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

SAYA merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh NST bertarikh 19 Oktober 2023 yang bertajuk “Pas Muktamar: ‘Party will be part of unity govt’ (Parti (PAS) akan menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan”.

- Advertisement -

Di awal pelaporan berita, dinyatakan ‘PAS has expressed its confidence in being part of the federal government, after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s reported invitation to the Islamist party’.

Pelaporan berita ini sangat jauh dari konteks ucapan saya dalam perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia semalam.

Saya ingin menegaskan bahawa, PAS menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

PAS menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan MADANI dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi PAS-PN dan tidak akan bergabung dengan DAP dan Anwar Ibrahim pasca PRU-15.

Keputusan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri jelas bahawa rakyat bersama PAS dan PN.

Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat.

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
19 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -