Anak perantau diseru ‘kelik’ khidmat di Terengganu

- Advertisement -

JEMPUT anak Terengganu untuk kelik khidmat kepada negeri sendiri. 

Sebagaimana yang ambe janji nak undang pelabur bagi membuka pelaburan dalam industri ternakan ayam penelur di Terengganu. 

Pagi ini lawatan dan perbincangan yang sangat positif kami adakan bersama pengurusan Ladang Ternakan Ayam Penelur, Selasih Aman Sdn Bhd, sebuah syarikat milik orang Melayu anak jati Terengganu yang beroperasi di Kalumpang, Hulu Selangor. 

Mempunyai kira-kira 1 juta ekor ternakan ayam penelur dengan kapasiti pengeluaran melebihi 500,000 butir telur sehari. 

Menariknya kerana syarikat ini memiliki ladang penetasan anak ayam dan kilang makanan sendiri. 

Penguasaan rantaian pengeluaran ini sangat penting supaya kita tak tersepit di tengah-tengah penguasaan kartel yang menekan usahawan orang Melayu.

Welkang bek orang Ganu kite. Kecik tapok tangan, tanah 300 ekar di Setiu kami tadahkan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 9/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -