SPR digesa pantau penggunaan aset kerajaan

Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa agar memantau penggunaan jentera dan aset-aset kerajaan yang menyalahi peraturan pilihan raya sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penggunaan Jentera Kerajaan serta kehadiran Pegawai-pegawai Agensi Kerajaan Negeri perlu dipantau oleh SPR dalam kempen PRK Pelangai ini. 

- Advertisement -

Selain itu, beliau juga menegaskan pemantau dari SPR perlu memantau pengumuman insentif kerajaan, yang dilihat keterlaluan oleh kerajaan ibarat ‘durian runtuh’.

“Tatakelola begini jelas bertentangan dengan semangat perjuangan reformasi selama 25 tahun dulu,” tegas beliau dalam kenyataan melalui laman web Facebooknya.

Terdahulu, SPR mengumumkan tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada tarikh undian awal iaitu 3 Oktober, berikan kesemua anggota polis bagi DUN Pelangai telah dikeluarkan kertas undi secara pos. 

Hari pengundian PRK Pelangai akan berlangsung pada hari Sabtu, 7 Okt ini, manakala pengundian awal dilakukan secara undi pos dan tiada pusat mengundi awal. – HARAKAHDAILY 5/10/2023

- Advertisement -