Pengurusan bencana kenal pasti kawasan risiko banjir

Hanafiah Mat
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa pengurusan bencana peringkat daerah di negeri ini mengenal pasti kawasan berisiko berlaku banjir.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) negeri, Hanafiah Mat, tindakan segera akan diambil melibatkan pembersihan longkang tersumbat dan pembersihan sungai.

Katanya usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Penyelenggaraan segera dibuat bagi mengurangkan risiko banjir berlaku. Kerja-kerja penyelengaraan secara berkala infrastruktur sistem saliran di kawasan berkenaan diberi keutamaan.

“Bagi tujuan perancangan untuk mengenal pasti punca banjir dan penyelesaian secara menyeluruh, kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk pelaksanakan projek berkaitan.

“JPS juga memohon dalam Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK12),” katanya ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Hanafiah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri berkata, semua jawatankuasa pengurusan bencana peringkat daerah melakukan simulasi banjir sebagai persediaan menghadapi bencana.

Menurutnya juga peruntukan sebanyak RM3.45 juta dibelanjakan bagi membeli keperluan pangkalan hadapan untuk dibekalkan di Pusat Pemindahan Sementara. – HARAKAHDAILY 4/10/2023

- Advertisement -