Pelangai: Ahli Umno serah borang PAS di bawah bangsal

- Advertisement -

BENTONG: Seramai 30 orang ahli dan penyokong Umno Cawangan Kampung Chemomoi tidak kisah menyerahkan borang prmohonan keahlian PAS di bawah bangsal kerana terlalu marah dan kecewa terhadap kepimpinan mereka.

- Advertisement -

“Kebanyakkan ahli Umno marah Barisan Nasional (BN) gabung dengan DAP, kami amat kecewa dengan BN. Kami mahukan perubahan dan kemajuan kampung, bukan kerjasama dengan DAP.

“Dun Pelangai ni tak pernah berubah sejak dulu sampai sekarang, kali ni atas segala pergolakan yang berlaku, kami usaha nak berubah,” ujar Kamisah Abdul Kadir.

Beliau bersama beberapa orang lagi ahli Umno Kampung Chemomoi hadir pada program menyerahkan borang keahlian PAS sekali gus menyatakan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN). Pogram itu diadakan di bawah bangsal bersebelahan tapak lokasi asal.

“Ketua cawangan kami berat sebelah, pilih bulu, bantuan pada yang layak tak diberi, kebajikan dan kemajuan kampung terabai, tengoklah tempat lain dah maju, tempat kami macam ni lah sejak BN perintah,” luah Atan Talib, 48, yang juga merupakan mantan anak murid Cikgu Kasim, kecewa.

Sementara itu, bagi Mad Yusof Abdul Ghani, 80, beliau sudah muak dengan permainan politik BN yang terlalu banyak tipu helah.

“Saya dah jemu dengan Barisan Nasional kerana mereka ni banyak sangat helah, bunyi banyak bantuan tapi hapah pun tak dapat,” ujarnya ketika ditanya alasan berubah daripada Umno kepada PAS.

Mad Yusof mewakili sahabat-sahabatnya telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Turut hadir hadir ialah Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Tarmizi Yahaya.

Veteran Umno itu turut menyatakan bahawa beliau amat berbangga apabila mendapat tahu bahawa calon PERIKATAN NASIONAL adalah Cikgu Kasim Samat.

“Saya kenal betul Cikgu Kasim daripada kecik. Dulu saya ni pembeli getah beku, ayah Cikgu Kasim menoreh, jual getah beku pada saya. Masa tu Cikgu Kasim umur 10 tahun.

“Saya sokong penuh PN naiklah kali ni, hari Sabtu, tujuh haribulan saya akan undi Cikgu Kasim, calon nombor satu,” ujar Yusof pula yang meluah amarah terhadap pimpinan Umno.

Ustaz Rosli di dalam ucapannya berkata BN dan PH mengamalkan politik tidak bermoral sejak sebelum pengisytiharan calon sehinggalah ke hari ini.

“Tak kira kawasan kampung atau Felda, hari ni saya lalu dua tempat, di Simpang Pelangai saya pergi, program Cinta Kasih, program kerajaan negeri tapi yang hadir dalam tu semua pakai baju BN.

“Ini menunjukkan bahawa mereka sewenang-wenangnya menggunakan jentera kerajaan, tidak peduli menggunakan harta benda kerajaan untuk kepentingan politik mereka,” ujar Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur itu.

Sementara itu, calon PERIKATAN NASIONAL Pilihan Kecil Raya (PRK) DUN Pelangai, Cikgu Kasim Samat menjelaskan bahawa mereka itu sebenarnya telah lama bersabar dengan gelagat dan drama kepimpinan parti mereka.

“Mereka jumpa saya, mengadu dah tak tahan dengan kepimpinan Umno. Mereka nak masuk PAS, nak ubah sokongan pada PN. Saya ajak datang markas, ambil borang PAS.

“Petang ni adalah simbolik penyerahan. Biarpun hujan rahmat turun tak pe, semangat tu, sanggup tunggu bawah bangsal tak berganjak,” ujarnya.

Susulan majlis penyerah borang itu, PERIKATAN NASIONAL berjaya membuka markas operasi mereka di Kampung Chemomoi yang sebelum ini tidak pernah termimpi akan wujud di kawasan itu. – HARAKAHDAILY 1/10/2023

- Advertisement -