Dua lelaki maut jatuh bangunan di Ipoh

ACP Yahaya Hassan
- Advertisement -

IPOH: Dua lelaki maut dipercayai terjatuh dari bangunan dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sultan Idris Shah, di sini dan Menglembu hari ini.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, seorang lelaki berusia 40 tahun dari Taman Nasional, di sini disyaki terjatuh dari tingkat 13 dan tersangkut di bumbung tingkat enam premis itu.

“Polis menerima panggilan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.38 pagi dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian di Flat Gelombang, Menglembu pula, seorang lelaki berusia 65 tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari Blok 9B rumah pangsa berkenaan.

Beliau berkata polis menerima panggilan pada 3.50 petang dan hasil pemeriksaan menemukan kad pengenalan mangsa di dalam poket kiri seluar dipakainya.

“Tiada kenderaan ditinggalkan oleh si mati di tempat kejadian, pemeriksaan pada badan si mati menjumpai kesan kelar tangan kanan, namun tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

Kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. – BERNAMA

- Advertisement -