Tengku Mahkota hadir majlis Maulidur Rasul peringkat negeri

- Advertisement -

TUMPAT: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan malam tadi.

- Advertisement -

Majlis berkenaan di Masjid Al-Ismaili Bandar Baharu Pasir Pekan.

Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Kelantan disambut Menter Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Turut mengiringi Tengku Mahkota pada program itu Speaker Dewan Negeri Dato’ Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti ceramah khas Maulidur Rasul disampaikan Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Mohd Aderi Che Noh.

Selepas solat Isyak berjemaah, majlis diakhiri dengan selawat. – HARAKAHDAILY 28/9/2023

- Advertisement -