Moga Howard Lee dibuka hati masuk Islam

Selepas 'tafsir' al-Quran

- Advertisement -

SAYA teruja apabila mengetahui bahawa Saudara Howard Lee memetik ayat al-Quran.

Saya sesekali tidak kecam beliau kerana membaca al-Quran bahkan saya mendoakan moga al-Quran ini menjadi sebab Saudara Howard Lee mendapat taufik hidayah untuk memeluk Islam.

Saya dan orang Islam sudah tentunya gembira apabila ada orang yang belum Muslim terbuka hati untuk membaca al-Quran. 

Alang-alang dah mahu membaca dan mentadabbur al-Quran, sukacitanya saya mengajak beliau untuk turut membaca sama ayat berikut:

- Advertisement -

1. إِنَّ ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡیَۢا بَیۡنَهُمۡۗ وَمَن یَكۡفُرۡ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ 

“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah mengenai kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

[Āli-ʿImrān: 19]

2. أَفَغَیۡرَ دِینِ ٱللَّهِ یَبۡغُونَ وَلَهُۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعࣰا وَكَرۡهࣰا وَإِلَیۡهِ یُرۡجَعُونَ (83) قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَیۡنَا وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَإِسۡمَـٰعِیلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَیَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَاۤ أُوتِیَ مُوسَىٰ وَعِیسَىٰ وَٱلنَّبِیُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَیۡنَ أَحَدࣲ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ (84) وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ (85) 

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.”

[Āli-ʿImrān: 83-85]

3. وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.”

[Āli-ʿImrān: 85]

4. { إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بَعۡدَ إِیمَـٰنِهِمۡ ثُمَّ ٱزۡدَادُوا۟ كُفۡرࣰا لَّن تُقۡبَلَ تَوۡبَتُهُمۡ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلضَّاۤلُّونَ (90) إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ كُفَّارࣱ فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡ أَحَدِهِم مِّلۡءُ ٱلۡأَرۡضِ ذَهَبࣰا وَلَوِ ٱفۡتَدَىٰ بِهِۦۤۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِینَ (91) }

“Sesungguhnya orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang yang sesat. 

“Sesungguhnya orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”

[Āli-ʿImrān: 90-91]

5. إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِینَ فِی نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِیَّةِ

“Sesungguhnya orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang Musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalahan mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.”

[Al-Bayyinah: 6]

Tidak salah bagi orang yang belum Islam untuk membaca dan mentadabbur al-Quran. 

Yang salah besar ialah orang yang belum Islam, tiada ilmu yang luas mengenai Islam, walaupun dia membaca al-Quran tetapi dia masih tak mahu beriman dengan kebenaran Islam, bahkan sebaliknya dia berfatwa melabelkan orang Islam lain pula sebagai Khawarij dengan memetik ayat al-Quran. 

Khawarij itu sekalipun menyimpang daripada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun mereka masih tergolong dalam pecahan umat Islam.

Selagi mana seseorang itu mati sebagai seorang yang bersyahadah maka dia masih berpeluang untuk masuk ke syurga, walaupun mungkin terpaksa menempuh azab neraka terlebih dahulu.

Berbeza dengan orang yang bukan-Islam, seseorang yang mati kafir maka tempatnya kekal abadi dalam neraka.

Saya doakan semoga Allah S.W.T kurniakan taufik hidayah kepada Saudara Howard Lee agar dilembutkan hati kepada Islam, agar mati tidak kekal abadi diazab dalam neraka. 

MUHAMMAD RIF’AAT RAZMAN – HARAKAHDAILY 23/9/2023

- Advertisement -