KUALA LUMPUR: Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan telah melafazkan dua kalimah syahadah, semalam.
Beliau berbuat demikian di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah di ibu pejabat pertubuhan itu, di sini.
Menerusi hantaran di Facebook PERKIM Kebangsaan, Nerosha, 27, menyatakan tertarik dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi rakan-rakan Muslim yang mengerjakan ibadat Islam.
Menurutnya, beliau sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslim mengenai kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.
“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” ujarnya yang berasal dari Sarawak. – HARAKAHDAILY 22/9/2023