Rakyat tidak berdiam kepincangan pentadbiran negara

- Advertisement -

PASIR MAS: Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di hadapan Sogo Kuala Lumpur 16 September ini bagi menjelaskan rakyat tidak berdiam diri terhadap kepincangan pentadbiran negara.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) Ahmad Fadhli Shaari berkata, himpunan itu bagi membantah isu pelepasan 47 kes rasuah melibatkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kebejatan yang dibiarkan berlaku itu.

“Kita berhimpun secara aman kerana sedar apa yang berlaku dalam negara sekarang. Kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai.

“Bagi mereka yang tak berkesempatan turun, boleh buat konten di TikTok atau media sosial mengenai program terbabit,” katanya selepas meninjau lokasi tebing sungai runtuh di Kampung Jias semalam. (Foto atas)

Minggu lepas Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas 77 hari dibicarakan terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dilapor memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, kerajaan dan penyokong PH-BN tidak perlu takut dengan perhimpunan berkenaan.

Lagi lagi kata beliau Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pejuang reformasi dan pernah mengadakan siri himpunan sebelum ini.

“Sekiranya ada pihak yang cuba mencetus elemen tidak baik, kami akan menangkap mereka dan serah kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

- Advertisement -