Senada desakan DAP dan PAN terhadap TS Idrus Harun

- Advertisement -

APABILA tengok DAP dan PAN senada mendesak Tan Sri Idrus Harun bagi penjelasan, maka ternampaklah apa di sebalik mee goreng mamak.

▪️ 24 Januari 2022 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri, iaitu setelah prima facie established.

Berlaku beberapa kali delaying (penangguhan) atas sebab DS Zahid hantar surat representation beberapa kali, sehinggalah selepas PRU.

▪️ 7 Ogos 2023 : Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Zahid Hamidi digugurkan. [1]

▪️ 28 Ogos 2023 : Tan Sri Idrus Harun bercuti sehingga bersara pada 6 September. Tugasannya dipangku oleh Peguam Cara Negara, Datuk Terrirudin Mohd Salleh. [2]

Di bawah subseksyen 376(2) Kanun Tatacara Jenayah, Peguam Cara Negara hendaklah mempunyai semua kuasa Timbalan Pendakwa Raya dan hendaklah bertindak sebagai Pendakwa Raya sekiranya tiada atau ketidakupayaan untuk bertindak Peguam Negara

▪️ 4 September 2023 : Jabatan Peguam Negara yang dipangku oleh Datuk Terrirudin Mohd Salleh menarik balik pendakwaan terhadap DS Zahid Hamidi melalui Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar [3]

▪️ 5 September 2023 : Tiba-tiba hari ini, PAN dan DAP mendesak supaya Tan Sri Idrus Harun untuk beri penjelasan berhubung kes ini. [4]

Kalau memang Tan Sri Idrus Harun yang buat kerja ini, lebih baik beliau buat masa first representation lagi, atau sebelum prima facie lagi.

MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 7/9/2023

Rujukan:

[1] https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2023/08/996913/timbalan-pendakwa-raya-kes-ahmad-zahid-digugurkan

[2] https://www.sinarharian.com.my/article/276031/berita/nasional/idrus-dilapor-bercuti-sebelum-bersara

[3] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1148333/zahid-lepas-tanpa-bebas-47-tuduhan-rasuah-pecah-amanah-yayasan

[4] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-zahid-selepas-dap-amanah-pula-minta-idrus-harun-beri-penjelasan-435937?amp=1 

- Advertisement -
- Advertisement -