Anwar khianat pengundi Cina

- Advertisement -

DAP suruh bawa Zahid ke penjara, bukan Putrajaya!

PH menang kerana majoriti pengundi Cina mengundi PH. Namun tergadai begitu sahaja kerana percayakan Anwar. 

Itulah kekuatan terbesar PH masih mendapat kepercayaan dan undi daripada pengundi Cina.

Akhirnya Anwar bawa bukan sahaja Zahid, tapi Umno yang terbuang oleh rakyat, ahli dan pimpinan utama mereka sendiri juga dibawa ke Putrajaya.

Maka, bermula sudah ketergugatan pengundi Cina yang setia kepada DAP dan PH kerana Anwar yang sering berjanji membawa reformasi, tata kelola dan tolak perasuah.

Anwar boleh sahaja mengaku tidak campur tangan, tetapi siapa yang memberi nyawa kepada Zahid? Yang tidak mungkin diberi kepada seseorang yang sedang didakwa atas 47 pertuduhan rasuah. 

Ruang dan peluang yang luas untuk Zahid meloloskan diri dengan kedudukan yang ada, diberi oleh Anwar sendiri.

“Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini. Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita Kerajaan Perpaduan.”

Lihatlah betapa terdesaknya Zahid. Undi kaumnya sendiri tidak mampu dirayu, bagaimana nak merayu undi Cina yang menyokong PH kerana kononnya akan menghumban Zahid ke penjara.

Sekarang, Zahid adalah punca pengkhianatan terbesar Anwar kepada pengundi Cina. 

Undi Cina yang sepatutnya untuk menolak Zahid, dimanipulasikan Anwar untuk menyelamatkan Zahid.

Tolak penyamun hanya umpan dalam keterdesakan. Anwar tidak bermaksud menangkap ‘penyamun’ yang dimaksudkan sebelum PRU15. 

Selagi Anwar tidak berpegang kepada janji, pengundi Cina terus dikhianati.

Sekian.

USTAZ AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
6 September 2023 – HARAKAHDAILY 6/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -