DUN Johor perlu suara pembangkang lebih kuat

- Advertisement -

MUAR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu memberikan sokongan kepada calon PERIKATAN NASIONAL, Dr Mazri Yahya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September ini.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali berkata, apa yang penting kepada mereka ialah menyokong Dr Mazri untuk menguatkan suara pembangkang di DUN Johor.

“Semalam kita telah pun pergi ke kedai-kedai runcit, kedai makan Cina termasuk malam dan pagi tadi juga kita telah berikan biodata calon dan sebagainya.

“Apa yang kita utarakan ialah yang saya sebut sendiri kepada pengundi Cina ini tak kira apa parti sama ada dia menyokong DAP ke apa, tapi yang paling penting bagi Johor ialah mendapatkan suara pembangkang yang lebih kuat dan calon PERIKATAN NASIONAL sebagai seorang pakar bedah yang berani, komited,” ujarnya semasa ditemui di Markas PAS Kawasan Bakri, hari ini.

Menurutnya, sebagai doktor, Dr Mazri adalah calon terbaik menjadi ADUN bagi mewakili penduduk di DUN Simpang Jeram dan mengangkat suara rakyat negeri ini.

Tambahnya, Dr Mazri mampu mengangkat suara rakyat di DUN Johor bagi mengurangkan ADUN kerajaan sebab kali ini adalah PRK, bukannya pilihan raya umum atau pilihan raya negeri.

“Jadi ini adalah satu-satunya peluang bagi rakyat negeri Johor. Walau apapun parti politik,  memberikan referendum suara mereka kepada kerajaan di negeri Johor yang sudah ada ini supaya ada ruang dan peluang bagi mengangkat suara rakyat.

“Apapun ideologi politik mereka, itu konsep yang boleh diterima oleh semua bangsa termasuk orang Cina,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kapar.

Pada PRN Johor yang berlangsung 12 Mac 2022, PERIKATAN NASIONAL memenangi tiga Dun menerusi Dato’ Dr. Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Abdul Aziz Talib (Maharani) dan Alwiyah Talib (Endau)

Mengenai PRK Parlimen Pulai pula, Dr Halimah berkata ia lagi dekat dengan isu yang berkaitan dengan kehidupan rakyat untuk dibawa oleh PERIKATAN NASIONAL kepada kerajaan.

Menurutnya lagi, dengan krisis ekonomi, nilai ringgit yang jatuh dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang semuanya memberi kesan kepada rakyat.

“Bagi peniaga, kalau rakyat susah mereka akan berjimat dan tidak akan membeli, peniaga akan hilang pelanggan.

“Ini adalah satu wake up call kita mahu satu lagi suara PN di parlimen supaya suara rakyat lebih banyak boleh kita angkat kepada kerajaan PMX,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2023

- Advertisement -