Takziah Pakatan Harapan atas kematian reformasi

- Advertisement -

SETELAH melihat kepada apa yang berlaku, besar kemungkinan Pakatan Harapan (PH) mengalami amnesia kritikal sehingga lupa akan segala prinsip dan janji yang pernah dilaungkan.

Berikut adalah antara reformasi yang telah dibakulsampahkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta PH,

1. Prinsip menjaga tata kelola dan menolak penyakau.

Sekarang Zahid Hamidi bukan sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bahkan 47 kesnya juga digugurkan.

Doktrin pemisahan kuasa dilacurkan demi kepentingan individu.

Timbalan Pendakwaraya ditukar. Kes digugurkan ketika ia sudah di peringkat lanjut pembelaan. Keputusan pula dibuat dengan permohonan Pejabat Peguam Negara atas budi bicara mutlak sehingga mahkamah tidak ada hak untuk menghalang.

Satu peristiwa hitam yang menyedihkan dalam institusi kehakiman.

2. Pendirian Anwar Ibrahim untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan ia diulang dalam kempen di Johor semalam, “Saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip Perlembagaan Persekutuan dipertikai.”

Namun ketika DAP berkeras untuk mengangkat agenda Malaysian Malaysia, PKR dan PAN hanya diam dan terus setia bersama DAP.

Mungkin Anwar lupa slogan yang diuar-uarkan sejak awal 60-an itu adalah konsep bagi membantah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. 

3. Janji ke-17 tawaran Harapan PRU-15 untuk menjamin kebebasan media dan hak bersuara.

Dalam era kerajaan madani hari ini suara media terus diikat sehingga dikritik oleh wartawan veteran,

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan SKMM yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai ‘abang besar’ dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan (berita) dalam talian.”

4. Begitu juga dengan perjuangan mereka untuk tolak rasuah, tolak nepotisme, tolak gula-gula politik, tolak penggunaan aset kerajaan untuk berkempen, pemberian peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan segala macam reformasi yang telah diketepikan.

Sememangnya kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang musnah. Segala reformasi PH juga hanya tinggal kenangan.

Mereka mungkin lupa tetapi rakyat akan terus ingat.

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya 
PAS Negeri Johor
5 September 2023 – HARAKAHDAILY 5/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -