Tarik 47 tuduhan Zahid hadiah Merdeka Madani

- Advertisement -

TERIMA kasih Kerajaan Perpaduan Madani. Hari ini menjadi tarikh catatan bersejarah gilang-gemilang atas prestasi kejayaan cemerlang Kerajaan Perpaduan Madani.

Kesemua 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid telah pun ditarik balik oleh Peguam Negara.

Inilah hadiah terbesar yang kerajaan berikan kepada rakyat sempena ulang tahun kemerdekaan yang baru disambut.

Dengan kuasa, anda boleh buat apa sahaja.

Sembang bab lawan rasuah, lawan sakau, lawan hoi ya hoi, lawan perompak penyamun, itu hanyalah saudagar mimpi dongeng.

Sembang bab tegakkan keadilan, reformasi institusi, dan tatakelola itu hanyalah saudagar penjual ubat palsu.

Rakyat tidaklah bodoh untuk menilai sandiwara pemimpin Madani ni. Demi kuasa, segalanya boleh kan. Tak perlulah Abang Mat Sabu, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Rafizi, Fahmi, Ketua Pengarah JKOM nak sibuk lagi berteriak reformasi, berceramah bab integriti lawan rasuah kerana kerajaan yang mereka sendiri bentuk atas nama ‘perpaduan’ itu bukanlah untuk selamatkan rakyat tetapi hakikatnya untuk menyelamatkan Presiden Umno.

Anda boleh terlepas dengan senyum riang gembira hari ini. Tetapi, usah terlupa rakyat akan tetap hukum mereka bila tiba masanya nanti.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -