Bila telur di hujung tanduk, Imam Nawawi pun dimusuhi

- Advertisement -

PSIKOLOGI orang yang bakal jatuh atau kalah, mereka akan capai apa sahaja yang sempat selagi telur di hujung tanduk.

Mereka dah tak peduli rakan sekutu. Yang penting mereka sempat selamatkan diri, dan apa yang mereka dapat larikan sebelum cabut lari.

Sama cerita saat-saat kekalahan tentera Ahzab. Sengketa antara kabilah Quraisy, Ghatafan, Asad, Yahudi dan munafik meletus. Masing-masing dah peduli kabilah lain. Akhirnya lepas selamatkan apa yang perlu, mereka cabut lari tanpa salam perpisahan.

Pilihan Raya 6 Negeri (PR6N) dah beri signal PH bakal jatuh. Mereka telah ditolak kelompok majoriti Malaysia.

Sebab itu mereka gelabah ambil tindakan pelik-pelik. Umno serang PASTI, DAP vokal pertahankan perjuangan sekular dan Malaysian Malaysia, PAN baru terhegeh nak cakap pasal Islam. PKR tak ada halatuju, semua nak tapau.

Umno serang DAP, PAN tegur PKR. Umno sama Umno bertelagah. Macam-macam.

NGO penyokong PH-BN turut gelabah sekali. Hadis 40 pun cuba dikekang.

Kita perlu ambil sebagai positif. Biarlah mereka terus gelabah. Terus buat kerja selamatkan Malaysia dan memandaikan umat. Rakyat dah beri sokongan, kita beri balik apa mereka perlu.

Sini saya terangkan sikit bab Hadis 40 Imam Nawawi. Asalnya Imam Ibn Solah buat pengajian Hadis ‘kulliah’. Beliau sempat baca 26 hadis semuanya. Fokusnya adalah mengumpulkan Hadis-hadis utama yang merangkumi konsep kesyumulan Islam.

Syumul maksudnya menyeluruh. Sebab Islam agama yang merangkumi seluruh cabang hidup manusia, maka pengumpulan Hadis-hadis ini diharap mencakupi semua tajuk-tajuk utama yang orang awam perlu tahu.

Imam Nawawi merasakan belum cukup. Lalu ditambah menjadi 42 Hadis dengan menamakan sebagai ‘arbain’

Karyanya disambut baik. Bertebaran ke seluruh dunia dengan terjemahan dan syarahan yang sangat banyak.

Namun Imam Ibn Rajab al-Hanbali merasakan ada lagi perlu ditambah. Lalu melengkapkan lagi dengan jumlah 50 Hadis beserta syarahan.

Mengikut tradisi ilmu Islam, tidak pernah 1 pun Hadis-hadis ini dibuang. Para ulamak mengiktiraf keperluan setiap Hadis yang dikumpul ulamak terdahulu.

Jika dibuang, kefahaman terhadap Islam akan tempang. Islam tidak akan dilihat syumul. Jangankan buang 5, satu pun dah cacat.

Tak mengapa kalau non-Muslim belum faham Hadis-hadis tersebut sebab mereka baca terjemahan sahaja. Hadis-hadis tersebut agak ringkas. Kerana itulah lebih 50 ulamak silam syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Itu tak termasuk syarahan ulamak kontemporari lagi.

Tapi yang sedih orang Islam dalam kerajaan pun langsung tak pertahankan. Ikut sahaja apa non Muslim kata. Dayus sangat.

Tadi saya baru bincang dengan kawan, nak buka balik pengajian Hadis 40 ni. Awal-awal saya balik Malaysia dulu, inilah buku yang saya gunakan untuk hidupkan usrah, fahamkan anak muda dan pengisian asas mengenai Islam. 

Sebab saya di Syria bergelumang dengan Hadis 40 ini. Syeikh Mustafa Bugho adalah guru saya yang mensyarahkan Hadis 40 ini. Beliau juga jadikan sebagai silibus di Universiti Damsyik. 

Di rumah sewa, kami jadikan sebagai teks perbincangan mingguan sebelum bincang masalah-masalah ahli bayt. Sampai rumah kami pun dinamakan ‘Bayt al-Nawawi’.

Program nanti nak buat peringkat cawangan saja sebulan sekali. Tapi Insya-Allah kalau ada permintaan dan keizinan, kita buat live juga untuk lebar luaskan lagi manfaatnya. Insya-Allah, doakan.

ALANG IBN SHUKRIMUN
18 Safar 1445
4 September 2023 – HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -