Pembangkang: PN bagi peruntukan tanpa perlu runding

Abdul Latiff bersama Dr Mazri dalam aktivit kempen PRK Simpang Jeram.
- Advertisement -

MUAR: Kerajaan Negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu di bawah PERIKATAN NASIONAL mengumumkan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tanpa perlu berunding.

- Advertisement -

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, ini berbeza dengan Kerajaan Persekutuan di bawah PH-BN meletakkan syarat supaya PERIKATAN NASIONAL perlu berunding jika mahu peruntukan.

“Negeri-negeri kita ni kita tak janji pun. Perlis tak janji, Kedah tak janji, Kelantan tak janji, Terengganu tak janji.

“Tapi bila jadi kerajaan, maka sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, rakyat telah memilih wakil rakyat mereka, maka kerajaan-kerajaan negeri kita telah mengumumkan untuk membahagikan peruntukan sama rata.

“Berbanding dengan kerajaan Pusat, sudah 10 bulan, sampai ke hari ini ahli-ahli Parlimen PAS dan PERIKATAN NASIONAL sampai ke hari ini satu sen pun tak dapat lagi,” ujarnya.

Menurut beliau, sedangkan peruntukan sama rata kepada pembangkang termasuk dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Kalau kita berjanji kita kena tunaikan. Mesti kena tunaikan. Kalau tak tunai akan pergi kepada tanda-tanda ciri-ciri orang munafik.

“Tanda-tanda munafik ini ada tiga, apabila dia bercakap dia bohong; apabila berjanji dia tidak akan tunaikan janji; dan apabila dia diberi amanah dia akan khianat amanah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Ceramah Kelompok PERIKATAN NASIONAL UDM Sungai Abong, di sini, malam tadi

Turut berucap di dalam majlis ini ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan calon PERIKATAN NASIONAL bagi PRK DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya. – HARAKAHDAILY 3/9/2023

- Advertisement -