Dr Mazri optimis DUN Simpang Jeram milik PN

- Advertisement -

MUAR: Calon PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya optimis dapat menambah satu lagi kerusi di negeri ini.

- Advertisement -

Beliau melahirkan keyakinan itu sekiranya gelombang rakyat yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini melebar ke negeri ini.

Katanya, PERIKATAN NASIONAL merupakan sebuah parti dan ikatan yang cukup matang dalam menghadapi pilihan raya.

Beliau turut menyampaikan pesanan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya jentera parti yang bertanding sentiasa mematuhi perjalanan pilihan raya dengan berhemah.

“Saya mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin Allah, kita telah menjalani satu proses demokrasi dengan keadaan yang cukup tenang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah menjalankan prosedur penamaan calon dengan profesional dan matang,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di pekarangan Dewan Jubli Intan, di sini.

Beliau berharap semangat semua ahli dan penyokong PERIKATAN NASIONAL yang hadir pada hari penamaan calon  mesti diteruskan sepanjang PRK Simpang Jeram ini.

“Masa ini untuk kita bekerja bersama-sama,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/8/2023

- Advertisement -