2 Adun Bersatu dilantik Timbalan Exco

Shaari Mat Hussain (kiri) dan Bahari Mohamad Nor.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dua Adun PERIKATAN NASIONAL (PN) dari Bersatu dilantik sebagai Timbalan Exco Kerajaan Negeri bagi penggal ke-15.

Adun berkenaan ialah Dato’ Shaari Mat Hussain (Dun Paloh) yang dilantik sebagai Timbalan Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi.

- Advertisement -

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor dilantik sebagai Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Selain itu, tiga peguam yang juga Adun baharu dilantik sebagai Timbalan Exco, iaitu Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud bagi portfolio Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang.

Adun Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah sebagai Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

Adun Jelawat, Zameri Mat Nawang pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Empat lagi muka baharu iaitu Adun Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad dilantik sebagai Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Adun Pengkalan Pasir, Mohamad Nasriff Daud pula sebagai Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan.

Adun Salor, Saizol Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar.

Manakala Adun Limbongan, Nor Asilah Mohamed Zin sebagai Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dan Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus sebagai Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di MABNA MBI Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -