Pertemuan PAS dengan paderi katolik Pulau Pinang

- Advertisement -

BAYAN LEPAS: PAS Pulau Pinang terus mengadakan pertemuan mahabah bersama golongan paderi Gereja Katolik di sebuah hotel di sini, kelmarin.

- Advertisement -

Program itu dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang.

Majlis turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohammad Fauzi Yusoff, Norazman Ishak (timbalan pesuruhjaya), Iszuree Ibrahim (setiausaha) dan Mohd Rafaie (bendahari).

Pemimpin agama katolik diketuai oleh Cardinal Datuk Seri Sebastian Francis. Turut hadir ialah Ketua Paderi Bahagian Pulau, Jude Miranda serta paderi Aloysius Tan, Michael Raymond, Oliver Tham, Esmond Chua OFM, Crispus Mosinoh OFM, Cosmas Francis OFM, Deacon Paul Kang termasuk wakil daripada Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Ariokadass Anthony dan Vincent Vega.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS negeri, Amir Hamzah Abdul Hashim berucap bagi mewakili lajnah itu manakala Idris mewakili PAS Pusat.

Cardinal Dato’ Seri Sebastian Francis pula telah berucap mewakili seluruh para paderi yang hadir.

Amir Hamzah menegaskan Islam agama kedamaian dan PAS sendiri meraikan pelbagai agama dalam negara ini dan telah membuktikan dalam pentadbiran negeri dan negara.

Bagi Sebastian Francis, mengharapkan agar pemimpin-pemimpin politik sama ada Islam atau bukan Islam bertindak sebagai pemimpin yang bertolerasi seperti disebut dalam kitab suci iaitu al-Quran dan buku penganut agama Katolik.

Idris pula menekankan Islam agama yang sangat meraikan dan menghormati agama-agama lain yang memetik ayat 13 surah Al Hujurat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati. – HARAKAHDAILY 19/8/2023

- Advertisement -