Umno merosot: Siapa pula bakal terpelanting?

- Advertisement -

PERANG mulut antara Ahli-ahli Parlimen Umno dengan gabungan perpaduan mereka bagai sudah tidak dapat dielakkan lagi. Serangan pimpinan Umno kepada Presiden mereka bertali arus, itu belum diambil kira di Terengganu, Kelantan dan Kedah. 

Salah menyalah secara terbuka kian parah. Presiden pula terus membisu. Amarah kemarahan semakin teruk. Dengan rekod umno itu sendiri menambahkan lagi kerumitan sedia ada serta keparahan luka. 

Satu ketika dulu Umno memiliki 198 kerusi melalui Barisan Nasional. Selepas 25 tahun umno tiada tanda pulih, sedikit bangkit pada PRU-13 kepada 88 kerusi berbanding 79 sebelumnya. 

Sedikit data di atas menunjukkan BN dan Umno berada pada zaman kejatuhan dan kemerosotan berterusan. Lebih teruk PRU-15 apabila Umno hanyalah menang di 26 kerusi Parlimen sahaja. 

Sejarah juga menunjukkan selepas 61 tahun berkuasa, Umno telah dihukum rakyat pada PRU-14 dan menjadi pembangkang buat kali pertama dan ini paling menghancurkan luluhkan hati pejuang dan penyokong Umno dari atas hingga ke akar umbi. 

Kini Umno lebih kritikal. Selepas memecat semua pemimpin termasuklah dari Majlis Tertinggi yang cuba menegur Presiden Umno Zahid hamidi. Tindakan ini memperlihatkan Umno tidak wujud lagi di Parlimen mewakili 7 negeri. 

Bahkan menyaksikan angka-angka tragis dan terhina Selepas PRN di enam negeri. Paling dahsyat di Terengganu apabila tiada satu pun kerusi dimenanginya.

Itu pun Umno masih sombong dan bongkak. Akan memecat sesiapa sahaja pimpinan yang bercakap pasal desakan pengunduran pemimpin tertinggi peringkat pusat dan negeri. Apakah dengan sikap angkuh? Sombong? Umno mampu pulih? Acu mung pikir sejenak.

NARAZA MUDA – HARAKAHDAILY 18/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -