Parti mana untung bila berkawan dengan DAP?

Syahir Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti yang bergabung bersama DAP akan mendorong kepada penolakan undi Melayu.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata ia dapat dilihat melalui sejarah PAS bersama DAP dan gabungan yang ada hari ini iaitu Umno.

“Tengoklah nasib Umno sekarang ini nak kejar 500 undi, hilang 5,000 undi kerana berkawan dengan DAP. Amanah, Umno berkawan dengan DAP ditolak oleh Melayu.

“PAS kita berkawan dengan DAP dahulu pun ditolak oleh Melayu. Jadi bagi saya mana-mana pakatan ada DAP di dalamnya yang untung ialah DAP dan terbukti DAP bertanding banyak itu, banyak itulah dia menang.

“PRN baru ini bertanding banyak itu, kalah satu kerusi sahaja yang lain semua disapu oleh DAP,” katanya dalam satu wawancara Sinar Harian yang bertajuk ‘Ruh ruh ruh, neh neh neh’, malam semalam.

Menurut Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, tiada lagi parti yang tidak bergabung dengan parti lain.

“Dulu orang kata PAS ini pernah berkawan dengan semua parti dan pernah berlawan dengan semua parti.

“Sekarang ini semua parti begitu. Umno pun pernah berkawan dengan semua parti, dan berlawan dengan semua parti dan DAP pun sama,” katanya.

Menjawab soalan berhubung politik mana yang menguntungkan PAS, beliau berkata, PERIKATAN NASIONAL.

“Saya boleh kata sekarang ini dalam PERIKATAN NASIONAL lah tapi mana yang sangat merugikan PAS, lihat mana-mana parti apabila bergabung dengan satu parti itu dia akan rugi,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/8/2023

- Advertisement -