Kes cabar Enakmen Syariah: Umat Islam diminta solat hajat

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Esok Mahkamah Persekutuan Malaysia akan membuat keputusan berkaitan masa depan Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia.

- Advertisement -

Ia rentetan seorang peguam Nik Elin pada Mei 2022 memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan.

Antaranya berkaitan liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi.

Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan Iki Putra yang cuba digambarkan Kelantan tiada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Pendengaran kes Nik Elin ditetapkan pada 17 Ogos 2023. Sekiranya Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan.

Sehubungan itu Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail menyarankan seluruh umat Islam mengadakan solat hajat malam ini di masjid, surau, markas dan kediaman masing-masing.

“Ia sempena kes Nik Elin memfailkan permohonan untuk mencabar lebih 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan,” katanya pada kenyataan hari ini. – HARAKAHDAILY 16/8/2023

- Advertisement -