Muhasabah buat Pakatan Harapan dan Barisan Nasional

- Advertisement -

APA 3 punca Umno hilang undi ahlinya sendiri?

3 isu utama yang dibangkitkan ahli akar umbi. Mungkin tidak ditekankan di media sosial kerana ditutupi naratif Zahid dan penyokongnya.

DAP, Zahid, Najib.

1. Ahli akar umbi tidak mahu undi DAP. Jika dipaksa, undi akan beralih kepada pihak lain.

2. Ahli akar umbi tidak puas hati dengan Zahid. Zahid gagal turun ke bawah untuk menjernihkan keadaan dan memujuk mereka.

3. Ahli akar umbi menantikan pembelaan buat Najib. Ahli tidak mahu bekerja keras untuk Umno tanpa jaminan Najib akan dibela.

Masalah dalaman parti sendiri tidak berjaya Umno selesaikan. Ditambah pula prestasi buruk dan sentimen negatif bersama PH.

3 sebab bagi PH pula?

PH teramat selesa dan menyangka kedudukan mereka dalam kerajaan hari ini sebagi bonus besar untuk meraih sokongan rakyat.

Tapi, PH gagal menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

1. Syok sendiri. Terlalu yakin. Terlalu galak menyerang dan menjatuhkan pembangkang. Menyangka peluru itu akan terkena. Malangnya ludah ke langit jatuh ke muka sendiri juga.

2. Taksub berlawan. Sedangkan kerja hakiki sendiri gagal terlaksana dengan baik. Sikit sekali yang boleh dijual kepada rakyat. Penerangan gagal.

3. Bercampur aduk. Tidak pandai bezakan kerja parti dan kerja kerajaan. Guna pentas kerajaan untuk berkempen. Rakyat masih kabur siapa yang sedang bekerja untuk rakyat?

Kedua-duanya masih tidak bersedia menjadi kerajaan. Walaupun sudah berkuasa di Persekutuan, masih hidup dalam ketakutan.

Kerana ingin menafikan kekuatan pembangkang, mereka mula menyekat kebebasan bersuara rakyat dan meramalkan yang bukan-bukan.

Maka hari ini, terimalah pilihan rakyat. Belajarlah mengakui dan jangan sombong.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 15/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -